Pemain bola
sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan bekas
pemain tengah Real Madrid mendedahkan alasan di sebalik keputusannya
memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama
Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari
tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam
setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.
Dia
berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral
sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di
bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatkannya
ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kehidupan peribadi
mereka.
Pemain yang
berkahwin dengan wanita Islam yang berasal dari Algeria itu dalam
wawancara dengan surat khabar Perancis “L’Equipe” berkata, “Saya
akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya
itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang
mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika
yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. ”
Faubert
menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang
sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang
berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap
pengayaan maklumat mengenai agama Islam.
amekaw.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan