PERASAN TAK.?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila dibawa ke pasaraya, pasarmalam dan seangkatan
dengannya...
PERASAN TAK.?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen atau tengok berita TV....
PERASAN TAK.?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK.?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...
PERASAN TAK.?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih
bulan Ramadhan lama dan panjang...
PERASAN TAK.?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...
PERASAN TAK.?
Orang berebut cari tempat duduk di-depan untuk menonton bola dan
konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh
cepat keluar....
Perasan tak kita tak perasan semua tu....?
http://orangni.blogspot.com/
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan