Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kali ini kita lihat pula sejenis hidupan di air yang sungguh unik dan bernilai tinggi iaitu ikan.
Ikan tergolong dalam kumpulan haiwan dan mempunyai tulang belakang.
Maha Kuasa Allah SWT menjadikan hidupan ini yang hanya boleh bernafas di
dalam air.
Ciri-ciri utama ikan adalah seperti berikut :- Hidup di dalam air,
Mempunyai sisik yang berlendir, Mempunyai sirip untuk bergerak, Bernafas
melalui insang, Membiak secara bertelur dan Berdarah sejuk. Namun ada
ikan yang tergolomg dalam kategori mamalia, iaitu melahirkan anak
seperti ikan paus.
Umumnya, ikan terbahagi kepada dua jenis iaitu ikan air masin dan ikan
air tawar, namun ada juga yang boleh hidup di kedua-dua persekitaran ini
seperti ikan salmon.
Dari aspek biologi kehidupan, ikan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
ikan pelagik dan demersal. Ikan pelagik hidup di kawasan pertengahan
hingga permukaan air. Antara contoh ikan pelagik terrmasuklah kembung,
selar, selayang, atau tamban.
Ikan demersal pula hidup dikawasan dasar air. Antara contoh ikan demersal termasuklah kerapu, merah, jenahak, atau pari.
Semua jenis ikan halal di makan walaupun ianya sudah mati (bangkai)
selagi ia tidak memudaratkan. Mazhab-mazhab Syafi'i, Maliki dan Hanbali
berpendapat bahawa semua jenis hidupan laut adalah halal, termasuk
bangkainya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud, At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Malid dan Darimi yang
bermaksud: "Air laut itu adalah suci ( untuk membersihkan) dan binatangnya adalah halal."
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan
untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan
belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.” Ibnu Majah, Ahmad.
Namun ikan yang baik untuk di makan adalah ikan yang segar kerana
kandungan zatnya yang masih tinggi di samping belum ada bakteria yang
membiak. Ciri-ciri ikan segar adalah sebagai berikut :
1. Warna kulit terang dan cerah serta warna tidak pucat
2. Daging ikan yang terasa keras bila ditekan
3. Mata jernih menonjol dan masih cembung
4. Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat
5. Insang berwarna merah
6. Sirip yang masih kuat
7. Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut (pecah perut)
8. Tidak berbau busuk.
Ikan merupakan sumber makanan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh
badan kerana ianya mengandungi protein, vitamin A dan D, magnesium,
fosforus, selenium, dan omega 3 (EPA dan DHA). Ini berikutan komposisi
ikan terdiri daripada 60 - 81 peratus air, 15 - 24 peratus protein, 1 -
22 peratus lemak dan 1 - 2 peratus zat galian
Ya... kandungan lemak amat tinggi pada ikan, namun ianya bukan lemak
yang merbahaya! Sebenarnya, lemak ikan adalah contoh lemak yang sihat
dan amat baik untuk kesihatan. Kajian juga membuktikan lemak ikan amat
kaya dengan sid lemak atau Omega 3 yang cukup terbukti dapat
mengurangkan risiko sakit jantung koronari,
Omega 3 dapat menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu
LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Ikan yang berlemak
tinggi seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai
kandungan omega 3 yang amat tinggi. Omega 3 juga memperlahankan
pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan
‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia.
Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai
sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras
kolesterol.
Pelbagai spesis ikan terdapat di laut, sungai, tasik dan di mana sahaja
kawasan yang berair. Rupa bentuk ikan yang cantik dan berwarna-warni
menjadi tarikan untuk manusia membelanya.
Ianya di jadikan hiasan yang cantik dan menarik di dalam akuarium sama
ada di dalam rumah, pejabat, hotel mahu pun di pusat membeli-belah.
Malah nilainya begitu tinggi sekali. Kerana tarikannya, di wujudkan juga
akuarium untuk lawatan sebagai daya tarikan pelancongan.
Ikan menjadi sumber makanan yang tentunya menjadi sumber rezeki kepada
yang menangkapnya. Satu pekerjaan yang berisiko tinggi demi mencari
sesuap nasi, namun terbukti ada yang berjaya dengan pendapatan yang
lumayan.
Begitulah istimewanya ciptaan Ilahi ini...selain kecantikannya, ia juga
menjadi sumber makanan makhluk yang hidup di muka bumi ini. Ia juga
menjadi sebahagian penting dalam ekosistem kehidupan dan mempunyai
nilainya yang tersendiri. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu pasti
ada fungsi dan tanggungjawabnya yang tersendiri...sungguh sempurna
sekali, Subhanallah...
Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana ikan yang hidup di laut itu boleh tidak masin rasanya? Maha berkuasa Allah!
Terima kasih bersama relaks minda...."Menikmati kecantikan bersama informasi berguna"
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan