Khamis, 27 Jun 2013

Petua Elak Suami Isteri Bergaduh

Bila cerita pasal suami isteri bergaduh…mesti semua orang akan kata…biasa la suami isteri bergaduh..lumrah la tu…mustahil kalau tak ada pergaduhan. Tapi sampai tahap mana seriusnya pergaduhan tersebut?? Bergaduh sebab apa?? ini admin Motivasi Cinta nak kongsi Petua Untuk Elakkan Suami Isteri Bergaduh..

1. Dengar dahulu sepenuhnya apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian baharulah anda fikir dan buat penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah disebabkan pergaduhan yang sia – sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi tidak digunakan.

2. Ketika ingin mengutarakan pendapat, pastikan anda berkata- kata menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Jangan bercakap dengan nada yang tinggi. Anda juga jangan memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi suasana.

3. Ada pasangan yang hidup bahagia walaupun kehendak mereka berbeza. Ia terjadi kerana, mereka menerima pasangan mereka seadanya. Jika pasangan anda pemalas, anda perlu terima bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian baharulah anda cuba mengubah dia dengan memberi nasihat dan kesedaran. Jika kita menerima pasangan kita seadanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa ketika berada dengan pasangan kita.

4. Jangan melibatkan adik beradik anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda dalam urusan rumah tangga anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan pasangan anda yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda.

5. Pastikan anda melakukan perkara yang telah dipersetujui bersama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda berdua mengambil keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

6. Jika anda sayangkan pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.

7. Jika tiada jalan penyelesaian, anda boleh dapatkan pendapat dari pihak ketiga seperti kaunselor, ibu bapa, kawan rapat atau adik-beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa berdua ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka

Masa marah yang berapi-api tu…salah seorang kena la beralah…salah seorang kena diam kan diri…atau pun keluar dari rumah…itu dikira tempoh bertenang…bagi masing-masing tempoh bertenang…supaya otak tu boleh berjalan…boleh fikir cara waras…bila tengah marah…keputusan banyak dipengaruhi oleh emosi … so pandai-pandai la yer…
 http://pakarcinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...