Selasa, 25 Jun 2013

Cermin Diri

tumblr_m06x01D8kc1rpll93o1_500
Dikisahkan, ada seorang lelaki yang sedang mengalami masalah bertubi-tubi. Rumah tangganya tidak harmoni. Pada masa yang sama juga beliau diberhentikan kerja.

Pada waktu yang senggang, dia berfikir dan muhasabah diri. Apa yang salah dengan hidupku? Mengapa aku gagal? Bagaimana caranya untuk merubah kegagalan dengan kejayaan?




Dimulailah pencarian jawapan atas pertanyaannya dengan pergi ke kedai buku dan membeli buku-buku yang dianggapnya mampu memberi jawapan. Setelah beberapa buku habis di baca, dia merasa tidak puas dan tidak pula menemukan jawapannya.

Tiba-tiba timbul inspirasi di fikirannya, kenapa aku tidak menanyakan langsung sahaja ke penulis buku-buku itu?

Pasti akan lebih berhasil bila aku dapat mendapatkan petunjuk terus dari si penulis.

Maka ditemuilah si penulis buku.

Setelah menceritakan semua kegagalan yang dialaminya, dia berkata,

“Tuan penulis, tolong ajarkan kepada saya, formula dan cara yang boleh membuat saya berjaya”.

Si penulis pun menjawab,

“Kalau anda membaca buku saya dengan teliti, dan mempraktikkan dengan nyata , tentu akan jumpa cara  menuju kejyaan”

”Saya sudah membaca habis, bahkan hafal isi buku tuan, tetapi tetap belum menemukan formula kejayaan. Oleh itu, saya memutuskan untuk bertanya direct kepada tuan”.

Si penulis berfikir sejenak dan berkata, “Baiklah, saya akan temukan kamu dengan seseorang. Biar dia yang memberitahu kamu bagaimana cara berjaya  dalam hidup ini”.

Dengan gembira si lelaki bertanya, “Dimana orang itu boleh saya temui?”

Si penulis mengajak  sebuah bilik, “Dia ada di dalam bilik ini”.

Maka lelaki itu pun mengetuk pintu dan segera masuk ke dalambilik. Namun dia hairan kerana tidak ada seorang pun di dalam kamar tersebut, yang ada hanya sebuah cermin besar.

Lalu si Penulis berkata, “Lihatlah ke cermin itu.

Orang yang ada di cermin itu adalah sang penolong yang kamu cari untuk menunjukkan bagaimana caranya meraih kejayaan

Sesungguhnya hanya kamu yang boleh menolong dirimu sendiri, tanpa kamu berani memulai dari dirimu sendiri untuk berusaha dan berjuang maka kamu tidak akan meraih kejayaan!”

Seketika itu juga si pemuda tersedar

Inti dari permasalahan hidup ini, seberapa kenal anda mengenal dengan diri anda dan seberapa bijak pula anda memaknai quote ini “Man Jadda Wajada” ??

Ibnul Qayyim berkata, “Barangsiapa mengenal Allah nescaya mengenal selain-Nya. Dan barang siapa jahil terhadap Rabb-nya nescaya lebih jahil terhadap selain-Nya.” [Al 'Ilmu, Fadhluhu wa syarfuhu, halaman 98]
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (QS. Ar-Ra’du (13) :11)
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...