Ahad, 30 Jun 2013

Khasiat Belut Untuk Kesihatan

 

Fakta Belut

Belut merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun antara yang tertinggi di dunia.Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalories tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan, dan Selenium. Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang seberat hanya 204 gram saja.




Khasiat Tersembunyi pada Belut

Banyak kepercayaan yang menyebutkan bahawa belut merupakan makanan stamina lelaki yang mampu meningkatkan daya seksual. Dari segi kesihatan, ia dikatakan mampu menjaga daya tahan tubuh kita, terutamanya pada saat musim panas. Belut tidak mengandung gula dan rendah sodium, namun tinggi fosfor, kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh secara umum. Mengonsumsi belut mampu meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh dan mengurangi tekanan darah, juga mengurangi risiko arthritis.
Masakan belut goreng berempah
Belut juga bermanfaat untuk penglihatan, perkembangan fungsi saraf pusat, menormalkan tekanan darah di otak. Dan, beberapa penelitian menjelaskan kehebatan belut untuk mengurangi risiko diabetes jenis 2. Dengan kandungan omega 3, belut menjadi sumber makanan yang mampu menghalang peningkatan kadar gluokos dalam badan seterusnya mengelak daripada tumbuhnya penyakit kencing manis.

Belut juga mampu memberi kesihatan kepada jantung kita. Ini termasuklan mengurangkan risiko sakit jantung seperti mengelak berlakunya penyempitan pembuluh jantung, sehingga orang Jepun menciptakan kapsul suplemen makanan dari belut dikhaskan untuk menjaga kesihatan jantung.

Kapsul-kapsul ekstrak daripada belut telah dikomersialkan menjadikan suplimen makanan sebagai sumber tenaga dan stamina, sehinggakan di Korea, mereka menyamakan gingseng dengan belut sebagai sumber stamina. Sementara di England pula, belut telah menjadi makanan tradisional terutama bagi mereka yang tinggal di London timur. Di Malaysia, belut bukan saja dicari atau dipancing secara tradisi, malah ianya telah dijadikan ternakan komersial. Faktor-faktor kesihatan sebegini menjadikan belut sebagai makan kegemaran ramai yang inginkan kelainan dan sudah tentu kesihatan diri.
 http://panduanpercuma.info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...