Isnin, 24 Jun 2013

Hanya Sekolah Di Kawasan Bacaan IPU 300 Akan Ditutup - Kementerian Pendidikan

Semua sekolah yang terletak di kawasan di mana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 perlu ditutup, kata Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dalam satu kenyataan, Isnin. Sekolah-sekolah di kawasan dengan bacaan IPU di bawah 250 dibuka seperti biasa

Manakala  Semua sekolah dan institusi prasekolah di Melaka yang ditutup pada Isnin akibat jerebu diarah dibuka semula seperti biasa esok (Selasa).

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron melalui radio Melaka FM, petang Isnin.
Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Kasim Muhamad ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula ekoran bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya.



Beliau berkata sehingga 4 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 127 manakala Bukit Rambai 148.

"Mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan, sekolah dibenar dibuka sekiranya IPU di bawah 300, namun aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan dihentikan seketika," katanya.

Katanya pelajar juga digalak menggunakan topeng muka bagi mengelak terdedah pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan

Seterusnya di Kuantan - Pahang - 128 sekolah rendah dan menengah di sini akan dibuka semula pada Selasa tetapi tidak ada aktiviti luar untuk para pelajar.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Rosdi Ismail berkata, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan kepada semua sekolah yang terlibat dengan keadaan jerebu.

Pada Ahad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah-sekolah di daerah ini ditutup pada hari Isnin kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuantan mencapai tahap tidak sihat.

Sehingga pukul 11 pagi Isnin, bacaan IPU untuk Balok Baru dan Indera Mahkota di sini adalah 191 dan 166, berada di zon yang tidak sihat.
bernama/ mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...