Orang
yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia
iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di
tangan kafir Quraisy di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya
dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid.
Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.
Siapakah Sumayyah binti Khabbab?
Sumayyah binti
Khabbab@Khayyat (Arab: سمية بنت خياطّ) merupakan hamba kepada Abu
Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah
menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau
seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada
perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun
taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau
juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu
Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki
yang bernama Ammar ibn Yasir.
Sumayyah
sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam
yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah
beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh
Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga
serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan
seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Nabi
Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat
apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan
Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai
risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum
dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga
Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan
jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga
Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka
sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam
yang gugur mati syahid.
Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
- Pertama, berani menyatakan yang hak.
- Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
-Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
-Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
* Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
* Rumah mereka dibakar
* Dicucuk dengan besi panas
* Ditikam dengan lembing
* Dicungkil biji mata
* Dibenam ke dalam air
detik islam
Sumber dari halaqah.net. Wallahu'alam bissawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan