Khamis, 14 Ogos 2014

Resepi Ayam Golek Sedap Dan Lazat.

Resepi, Resepi Ayam Sedap, Resep
Google Image
Assalamualaikum semua. Sudah semestinya ramai yang pernah merasai ayam golek yang lazat dan sedap. Harga ayam golek ini juga sudah mencecah ke rm20 seekor. Tetapi di tempat saya harga ayam golek ini masih maintain rm16 ke rm18 seekor. 

Mari kita cuba buat sendiri ayam golek di rumah sahaja. Modal pun tidak terlalu banyak.




A) Bahan-bahan untuk perencah ayam :


3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir @ gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan diatas
Sedikit mentega

Cara-cara :


1. Campur kesemua bahan-bahan diatas dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam @ 3 jam
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 

5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

B) Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam:

Bahan-Bahan :


1 1/2 cawan stok ayam@daging 
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
Sedikit batang salery - dicincang 
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
Garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :


1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.

3. Kemudian masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. 
4. Selepas itu masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.


Kredit blogzakirasli  

5 ulasan:

  1. Jom try ayam kampung golek..penghantaran ayam kampung proses terus ke pintu rumah anda..call/whats app 019-6312240(zam)

    BalasPadam
  2. Wow...mmg sedap nampak ayam resepi tuan...delicious..

    Kami juga ada buka ayam golek untuk tempahan majlis kahwin Dan keraian..

    Visit. Ayamgoleksedap@blogspot.com

    Atau call / msg mr hafiz 0183284366

    BalasPadam
  3. Admin ada kelebihan sendiri iaitu ayam kampung...

    Kami hanya buat ayam daging sahaja...;)

    Tahniah tuan. Semoga maju jaya

    BalasPadam
  4. ayam golek untuk makanya pakai apa yang sesuai ? sos tomato/chili atau sambal

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...