Ahad, 24 Ogos 2014

Keindahan Air Terjun Tiga Jambatan di Dalam Gua Yang Mempersonakan


Tempat ini bukanlah lokasi penggambaran buatan manusia, ini adalah salah satu tempat yang menakjubkan di bumi yang telah terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu. Gua yang terletak di negara Lebanon ini mempunyai tiga jambatan semulajdi di dalamnya. Dan yang lebih menakjubkan lagi, apabila salji mula meleleh dari Gunung Lebanon, di tengahnya akan terbentuk sebuah air terjun yang membuat tempat ini laksana dunia dongeng. 
 

Tepatnya, di daerah Tannourine, anda akan dapat mencari lokasi "Three Bridge Chasm" atau disebut juga air terjun The Baatara Gorge. Tempat berbatu kapur ini mempunyai air terjun sedalam 250 meter yang airnya berasal dari lelehan salji. Air tersebut kemudian mengalir menjadi sungai bawah tanah di sekitar bandar Mgharet al-Ghaouaghir.

Tiga jambatan yang tergantung di dalamnya membuat pemandangan semakin menarik. Para pelancong pun sangat tertarik untuk mendekat pada air terjun dan melihatnya lebih jelas melalui jambatan semulajadi tersebut. Namun keadaan di tempat itu sebenarnya sangat licin, lagi pula jambatan sebenarnya boleh runtuh pada bila-bila saja. Sebaiknya hanya menikmati keindahan tempat ini dari jauh saja.

  

  

  

  

  

   
gaban comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...