Kanak-kanak yang membesar di kampung tentunya pernah
bermain dengan api, mancis, lilin dan pemetik api atau apa sahaja yang
berkaitannya. Sekurang-kurangnya melihat si ibu atau bapa membakar
sampah atau dedaun kering di halaman rumah. Jika tidak mengapa pula tercipta bait-bait lagu yang indah dan mencetuskan kesedaran seperti �Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi’
dan seterusnya. Individu yang mencipta lagu tersebut mungkin pernah
bermain api atau pernah melihat kanak-kanak bermain api. Di zaman moden,
mungkin agak sukar untuk kita lihat peristiwa-peristiwa bermain api di
kalangan kanak-kanak.
Melangkah ke alam dewasa, mungkin pandangan kita berlainan sedikit
apabila melihat api dan mungkin juga berminat untuk mengetahui kenapa
wujudnya api. Pertama sekali, cuba kita lihat kenapa munculnya api.
Sains mennjelaskan bahawa, api akan terjadi apabila wujudnya 3 unsur
iaitu oksigen, bahan bakar dan suhu. Ia juga dikenali dengan istilah
segitiga api. Apabila ketiga-tiga tersebut wujud dan bergabung serentak,
maka wujudlah apa yang kita namakan nyalaan api. Oleh yang demikian,
untuk memadamkan api salah satu daripada ke tiga unsur itu harus
dipisahkan atau dihilangkan. Dengan kata lain, rantaian segitiga api
perlu diputuskan.
Unsur pertama yang mungkin paling mudah untuk dipisahkan ialah oksigen. Oksigen merupakan unsur yang sangat penting dalam kehidupan dan diperlukan oleh semua benda hidup di dunia ini untuk bernafas. Oksigen mustahil untuk dihapuskan tetapi boleh dipisahkan dalam rantaian api tersebut untuk memadamkannya. Unsur kedua yang boleh dipisahkan ialah bahan bakar. Begitu juga dengan suhu tinggi. Jadi bagaimana untuk memisahkannya? Kaedah yang paling senang ialah dengan menyiram air dengan api. Nampak mudah bukan?
Unsur pertama yang mungkin paling mudah untuk dipisahkan ialah oksigen. Oksigen merupakan unsur yang sangat penting dalam kehidupan dan diperlukan oleh semua benda hidup di dunia ini untuk bernafas. Oksigen mustahil untuk dihapuskan tetapi boleh dipisahkan dalam rantaian api tersebut untuk memadamkannya. Unsur kedua yang boleh dipisahkan ialah bahan bakar. Begitu juga dengan suhu tinggi. Jadi bagaimana untuk memisahkannya? Kaedah yang paling senang ialah dengan menyiram air dengan api. Nampak mudah bukan?
Sebenarnya apakah yang berlaku apabila api terkena air. Pertamanya
ialah suhu akan menurun secara mendadak dan yang kedua sebahagian air
yang disiram akan bertukar menjadi wap yang akan memisahkan api dari
oksigen. Oleh sebab itu, api akan padam apabila salah satu atau
kedua-dua rantaian api terputus.
Namun begitu, tidak semua api dapat dipadamkan menggunakan air. Cara
memadamkan api dengan air hanya dapat dilakukan sekiranya bahan bakar
tersebut berupa kayu, plastik, kertas atau kain. Sekiranya api terhasil
melalui elektrik, bahan bakar seperti petrol atau gas, cara pemadaman
api tidaklah sama seperti kita memadamkannya menggunakan air. Menyiram
air terhadap percikan api yang melalui kabel elektrik terputus adalah
sangat bahaya kerana air dapat mengkonduksi arus elektrik. Penyiram
mungkin akan terkena renjatan elektrik sekiranya air menyentuh badan.
Untuk memadamkan api yang terhasil berpunca dari elektrik, caranya ialah
dengan memutuskan terlebih dahulu punca bekalan elektrik dari sumber
utama dan kemudian barulah disiram dengan air.
Bagaimana pula untuk memadamkan api yang terhasil daripada
bahan bakar seperti petrol, gas dan bahan kimia mudah terbakar yang
lain. Ini kerana bahan api ini mempunyai jisim yang lebih ringan
berbanding air. Maka apabila disiram dengan air, bahan bakar ini akan
meruap ke udara berbanding wap air dan akan lebih memarakkan lagi api
yang sedang menyala kerana bahan bakar tersebut akan bergabung dengan
oksigen di udara. Oleh yang demikian, untuk memadamkannya, perlulah
menggunakan pemadam api berasaskan karbon dioksida yang dapat
memerangkap bahan bakar tersebut daripada bercampur dengan oksigen.
Daripada kisah rantaian api dan kaedah memadamkannya, dapatlah kita
pelajari bahawa setiap fenomena yang berlaku mempunya sebab musababnya
yang tersendiri. Di zaman kanak-kanak, mungkin yang kita tahu apa itu
adalah api, namun di sebalik kewujudan api tersebut, terselit rasa ingin
tahu (curiosity) bagaimana api itu boleh wujud dan menyala.
Dari situlah, saintis dan pakar akan dapat menjelaskan fenomena nyalaan
api secara saintifik dan terciptanya alat pemadam api yang sangat
berguna untuk kegunaan di waktu kecemasan. Sifat ingin tahu adalah
anugerah ilahi yang tidak ternilai dengan apa jua sekalipun untuk
manusia yang selalu berfikir. Dari situlah munculnya ilmu sains.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan