Kebanyakan wanita tidak mempedulikan bahan-bahan yang terkandung dalam krim atau barang penjagaan kulit anda.
Adakalanya wanita menggabungkan beberapa jenis produk daripada jenama berbeza tanpa memeriksa sekiranya ia selamat untuk kulit.
Adakalanya wanita menggabungkan beberapa jenis produk daripada jenama berbeza tanpa memeriksa sekiranya ia selamat untuk kulit.
Ianya amat penting untuk mengetahui
kandungan bahan-bahan yang terkandung dalam set penjagaan kulit wajah
anda bagi mengelak masalah di kemudian hari.
Seperti dipetik dari Allure, kami kongsikan antara bahan-bahan yang tidak sepatutnya digabungkan atau digunakan bersama. Periksa set penjagaan harian untuk kulit wajah anda sekarang!
Seperti dipetik dari Allure, kami kongsikan antara bahan-bahan yang tidak sepatutnya digabungkan atau digunakan bersama. Periksa set penjagaan harian untuk kulit wajah anda sekarang!
Retinol dan asid alpha hydroxyl, seperti glycol dan asid laktik
Menurut pakar dermatologi di Boston iaitu Ranella Hirsch, gabungan kedua-dua bahan ini sememangnya resepi untuk kemerahan-merahan dan mengakibatkan kerengsaan kulit. Jika anda telah mencampurkannya, cara terbaik untuk menghentikannya adalah mengambil pil anti-radang seperti aspirin atau krim hidrokortison.
Asid sitrik dengan apa sahaja bahan lain
Ya, asid sitrik sememangnya terkandung dalam hampir semua pelembab yang berada di pasaran. Namun bagi yang tidak mengetahuinya, jika anda meletakannya di atas lapisan produk lain, ia akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Retinol dan bahan merawat jerawat
Jika anda menggunakan retinol dan asid salicylic pada masa yang sama bagaikan mencari padah. Ini kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan kemerahan pada wajah anda. Bagaimanapun penggunaan benzoyl peroksida dan retinol telah terbukti memberi kesan sebaliknya kerana ia menyahaktifkan antara satu sama lain.
Vitamin C dan asid alpha hydroxyl
Pakar dermatologi Davin Bank menyatakan, asid alpha hydroxyl boleh menukarkan kandungan pH dalam vitamin C untuk menjejaskan kestabilannya, sekaligus menyebabkan akti-oksidan tidak efektif. Jika anda menggunakan serum dengan asid glycolic, pilih serum dengan anti-oksidan lembut seperti teh hijau dan resveratrol.
Sumber : Yahoo N ews mererusi terbakor
Jangan kerana terlalu taksub terhadap kesihatan dan kecantikan, keselamatan diri diabaikan. Kena la tanya yang pakar kan..
BalasPadambetul tu....... Sepatutnya kecantikan diri kita hendak menurut amalam sunnah yang disyorkan oleh Islam
Padam