Ramai di kalangan anda yang
kurang menyedari ada sesuatu yang berlaku terhadap diri anda yang
dikatakan boleh menjadi masalah kesihatan yang besar jika tidak diambil
peduli. Apa yang mengejutkan, ada beberapa pakar bersetuju dengan
fakta-fakta yang perlu diketahui oleh anda wahai jejaka.
1. Ketagihan
Golongan lelaki dikatakan golongan yang
paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada
sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit.
Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti
seseorang. Di Amerika Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah
lebih ramai dialami oleh lelaki. Lebih 100 juta lelaki di dunia
bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh dan alkohol.
2. Kolesterol
Kolesterol dan lemak trigliserida
merupakan blok ‘binaan’ penting bagi struktur sel dan juga digunakan
untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di
dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan
tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri. Masalah
kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia
digelar familial hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh
terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah
pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.
3. Sindrom Malu Kencing
Avoidant paruresis atau lebih dikenali
sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik
merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan
kencing di hadapan orang lain. Sindrom ini boleh bermula dari apa saja
peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa.
Meskipun sindrom ini tidak dikenali, namun ada beberapa simptom untuk
menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut
membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau
orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di
dalam pesawat, kapal atau keretapi. Jika masalah ini berlarutan, ia
menyukarkan golongan ini untuk bercuti malah menolak untuk berkongsi
tandas.
4. Kanser Testikel
Meskipun kanser ini kedengaran luar
biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan
ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan
keadaan ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada
testikel dan scrotum adalah ‘kehilangan’ satu testikel haruslah segera
bertemu dengan doktor. Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau
kebengkakan, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa
sakit.
5. Dengkuran Kuat
Berdengkur boleh jadi satu perkara yang
sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat,
boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan dari anda. Berdengkur
berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan. Hampir 15 juta pendengkur
di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia. Kebanyakannya
adalah lelaki pertengahan umur. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh
masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan
sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi
membantu meningkatkan pernafasan hidung.
6. Kaki Atlit
Kaki Atlit atau lebih dikenali sebagai
tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit
pada kulit. Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk
sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga
ke keseluruhan kaki dan tapak tangan. Fungus gemar kawasan lembab
terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai
ruang udara kaki ‘bernafas’. Berhati-hati apabila ada kesan merah yang
gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.
Kadang-kadang, kita menyedari ada
masalah kecil sedang berlaku pada diri sendiri. Namun, sikap acuh tidak
acuh membuatkan anda bakal menyenaraikan diri sendiri sebagai pesakit
secara tidak langsung. Sebelum terlambat, periksa kesihatan dan
perubahan diri untuk menjamin kesihatan terbaik sehingga hari tua.
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan