Warna-warni kehidupan. |
Repost:Macam
mana warna kehidupan korang untuk hari ini?Tenang umpama langit
membiru?Putih sesuci putihnya baldu?Harap bukannya hitam yang gelap
gempita dan bukan jua kelabu yang sentiasa mendung.Hari ini aku just
yang tulis pasal warna warni yang mencorak kehidupan kita semua.
Mencorak
warna kehidupan merupakan sesuatu yang amat penting dalam menyusuri
kehidupan kita.Hidup mesti dihias dengan pelbagai variasi warna untuk
menjadikan hidup kita sentiasa bermakna.Adakalanya kita menitik setitik
warna hitam dalam kehidupan bila berdepan dengan situasi yang membuatkan
kita hilang pertimbangan.Saat itu kita kembali mencuba untuk meletakkan
kembali warna-warna ceria bagi melindung merebaknya warna hitam.Tapi
mengapa hitam yang kita benci?Namun disebalik warna hitam itu sebenarnya
mengajar kita untuk menambah variasi warna yang membahagiakan dalam
diri kita.Hitam tak semestinya kotor dan bukan jua simbol
kejahatan.Daripada hitam kita boleh menukarnya menjadi putih.Analoginya
bila baju kita dipenuhi kekotoran tapi kita tetap berjaya memutihkannya
semula dengan pelbagai catalyst yang diguna.Maknanya bila diri kita
dihempit kesusahan berusahalah mencari sesuatu yang dapat menolong kita
bagi mengembalikan warna hidup kita yang asal.Jangan biarkan diri
menhadapinya sorang-sorang.
Aku
suka menjadi sebaris pelangi.Mengapa?Sebab walaupon hanya seketika
sahaja muncul tapi mampu menampakkan sejalur warna yang indah.Walaupon
hadir tanpa sinaran bersama tetapi tetap mampu mengembirakan hati orang
melihatnya.Sebab itu aku berusha menjadi sebaris pelangi itu.Walaupon
susah diri ini tetap akan mencuba sampai berjaya.Aku juga berusaha
menjadi sang matahari.Sentiasa menolang bulan dengan menyalur cahaya
tika malam menjelma.Menolong hidupan untuk mencari rezeki kala siang
bertandang.Begitu juga dengan hujan.Mendinginkan bumi bila diserang
musim gersang.Menyegarkan tumbuhan yang hausan kekeringan.Itu erti
sebuah warna kehidupan.
http://duniakita94.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan