[
Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian
misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan
penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini!
Apakah yang berlaku sebenarnya?..
Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud
suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom,
hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota
berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594,
sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba
kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas
menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh
berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya
terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan
di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus
tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya
termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori
Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan
harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan
pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di
kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri
kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai
persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji
sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan
barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan
patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang
seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu
secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii
apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan
hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.
Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual.
Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii
sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.
Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja
bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar
turun. Tidak lama kemudian,
Kota Pompeii hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata,
para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu,
sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah
kewujudannya terbongkar kembali.
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan
ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi
itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita
sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan
tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,
kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan
yang melampaui batas kemanusiaan.
Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat
kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan
kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta
persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti
dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota
berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu
‘sepi’ selama dua juta tahun
akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada
seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana
itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah
peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung
batu.
Informasi Kisah Pompei dari Al Quran
Informasi Kisah Pompei dari Al Quran
Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk
difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya
secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.
Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan
peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana
maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja
maka tiba-tiba mereka semuanya mati”
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).
(Surah Yaasin, Ayat 36:29).
Begitulah
kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii.
Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak
terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….
kisah best
Tiada ulasan:
Catat Ulasan