Amalan Menabung Cara Nabi Yusuf |
Islam adalah agama yang cukup sempurna yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia dalam seharian. Baik daripada perancangan kewangan maupun bab-bab yang lain. Di dalam islam juga, mengajar umatnya dalam amalan menabung yang berkesan dalam menghadapi saat-saat getir atau kecemasan dalam kehidupan. Perkara ini sebenarnya telah diceritakan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Di ambil daripada peristiwa seorang raja yang meminta Nabi Yusuf mentafsirkan mimpinya :
Allah swt berfirman yang bermaksud:
" Raja berkata kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya :"Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Hai orang-orang terkemuka Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpi itu jika kami dapat mena'birkan mimpi.
Mereka menjawab:"Itu adalah mimpi-mimpi kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta'birkan mimpi itu. Dan berkatalah orang yang selamat diantara mereka berdua dan teringat (kepada Nabi Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya. Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) mena'birkan mimpi itu, maka utuslah aku kepadanya.
Setelah pelayan itu berjumpa dengan Nabi Yusuf dia berseru :"Hai Yusuf orang yang dipercayai, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Agar aku kembali kepada orang itu, agar mereka mengetahuinya.
Nabi Yusuf berkata :" Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa ; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit (susah) yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan.
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberikan hujan (dengan cukup) dan manusia memeras anggur.
(Surah Yusuf Ayat 43-49)
Pada pandangan biasa kita, kita melihat perkara ini adalah rentetan perkara biasa yang berlaku kepada Nabi Yusuf dapat diketemukan dengan pemerintah Mesir pada masa itu. Hakikatnya jika kita selami ayat al-Quran ini ada maksud yang tersirat yang Allah bagi kepada kita agar kita berfikir tentang ayat-ayat Allah ini. Perkara tersirat dalam Surah Yusuf Ayat 43-49 ini , Allah mengajar kita secara tidak langsung mengajar kita amalan menabung cara Nabi Yusuf as.

Allah juga mengajar kita tentang menabung dan membuat perancangan untuk masa depan dalam menghadapi persediaan menghadapi hari-hari sukar atau sulit.
Cuba kita fikirkan, dalam kehidupan kita
seharian ini banyak memerlukan wang dan umat islam perlu menabung untuk
jangka panjang demi kepentingan demi kepentingan diri dan keluarga.
Terutamanya anak-anak di zaman sekarang sangat-sangat memerlukan
perbelanjaan yang tinggi dalam mendidik dan mengasuh menjadi manusia
yang berguna di kemudian hari. Anak-anak memerlukan kos yang tinggi
apabila dihantar belajar di institut-institut pengajian tinggi tempatan
maupun luar negara. Fikir-fikirkan..
Apa yang akan terjadi jika tiba-tiba kita sakit?
Panduan yang boleh kita ikut dalam Menabung Cara Nabi Yusuf :
Pertama : Menyusun Semula Dasar Kewangan Keluarga
Setiap keluarga sewajarnya merenung semula perbelanjaan dan gaya hidup yang telah ditetapkan. Adakah gaya hidupa yang kita nikmati sekarang adalah bersesuaian dengan kemampuan kita sekeluarga?
Selepas itu, adakah kita mengagihkan wang lebihan kita untuk simpanan hari tua atau simpanan untuk masa-masa kecemasan.
Jika perlu, setiap perbelanjaan itu tidak terlalu ber'mewah-mewah'. Hal ini perlu dikurangkan bagi menaikkan semula keupayaan kewangan sesebuah keluarga itu .
Kedua : Menghidupkan Amalan Menabung
Bagi memastikan dalam kehidupan berkeluarga ini dapat hidup dalam harmonis masalah kewangan dalam keluarga perlulah ditangani dengan bijak. Bijak menabung cerah masa depan. Itulah moto perlunya kita menabung dalam kehidupan tidak kira samada kita bujang maupun sudah berkahwin.
Bagi memastikan kita dapat menabung dengan displin yang tinggi pastikan perbelanjaan harian seisi rumah tidak melebihi pendapatan seisi keluarga. Itu adalah petuanya.
Samada kita berpendapatan tinggi atau rendah itu bukan ukurannya. Orang yang kaya sekali manapun jika tidak menabung pasti mengalami kesulitan atau kesukaran dalam kehidupan berkeluarganya. Untuk keberkatan amalan kita, cubalah amalkan amalan menabung untuk jangka masa panjang 7 tahun .
Ketiga : Amalan Berjimat Cermat
Bab-bab berjimat cermat ini, rasanya setiap keluarga mempunyai perancangan keluarga itu sendiri dalam berjimat. Berjimat pun banyak caranya yang boleh kita praktikkan. Dengan mengawal penggunaan air dan elektrik secara berhemah di rumah secara tidak langsung dapat menjimatkan kos.
Tabiat-tabiat lain yang boleh dikurangkan ialah seperti amalan makan diluar atau perbelanjaan untuk hiburan seperti menonton wayang,membeli-belah dan merokok hendaklah dikurangkan.

Maksudnya : Dan juga mereka (yang
meredhi Allah itu ialah) yang apabila berbelanja , dia tidak melampaui
batas dan tidak bakhil. (Sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah
benar-benar sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(surah al-Furqan : 67)
Keempatnya : Elakkan Berhutang
Amalan berhutang ini adalah tidak dituntut dalam islam ini kerana berhutang itu akan dituntut di akhirat nanti, tetapi jika terpaksa tidaklah menjadi salah. Jika boleh seboleh-bolehnya elakkan berhutang. Ini kerana dalam berbelanja itu kita perlu mengutamakan antara keperluan dan kehendak.
Ingatlah perancangan kewangan yang baik dan bijak adalah memperuntukkan tidak lebih 1/4 daripada pendapatan bulanan untuk hutang atau bayaran ansuran.
Fikirlah sebelum cuba membuat hutang baru dan displin dengan perancangan yang telah dibuat, catatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk.
Ingatlah pesanan Rasullulah saw :"Ya Allah! Aku berlindung diri denganMu dari belenggu hutang dan dalam kekuasaan orang lain."
(Riwayat Abu Daud)
Semoga tips-tips yang dikongsikan disini dapat dipraktikkan. Insaallah ...
Daripada :
mselim3

Tiada ulasan:
Catat Ulasan