Saban hari, separuh dari masa kita setiap hari akan dihabiskan di tempat
kerja, tak kiralah samaada kerja di pejabat, di kilang, di jalanraya
mahupun di rumah. Tujuannya hanyalah satu demi mencari rezeki dan sesuap
nasi untuk meneruskan kehidupan duniawi.
Namun, jika terlalu lama bekerja juga bakal menimbulkan suasana yang
kurang menyenangkan. Maka, kenalpasti tanda-tanda bahawa anda sebenarnya
perlu mencari pekerjaan baru.
1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke
pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka. Perasaan
bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk
berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat
untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.
2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia dengan syarikat yang asyik
melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada pelbagai bil untuk
dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah kewangan anda
juga.
3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Anda
perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun jika ianya melampau
dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya
eloklah anda angkat kaki dari situ.
4. Rasa tertekan dan negatif yang konsisten
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika
ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan anda, ada
baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja sebenarnya
boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah lebih
teruk lagi jika kedua-duanya sekali.
5. Tidak serasi dengan budaya syarikat / sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang anda rasa salah tetapi anda
‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja. Misalnya jika
syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak
ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal anda
bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.
6. Kerja sehingga hilang keseimbangan hidup
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan
masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk
diluangkan bersama keluarga.
7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan anda walaupun
anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan anda tidak pernah
diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun
sudah bertahun-tahun memberi sumbangan? Jangan buang masa anda dan
pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.
8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari pekerjaan baru. Terutama
sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi
tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja. Tidak
ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan dipergunakan oleh
majikan.
Bonus: Berkerjalah Sendiri!
Orang lain boleh kenapa anda tidak? Mereka ada 24 jam sehari, anda juga
sama. Sedia maklumkan tentang 9 dari 10 rezeki itu datang dari
perniagaan? Bukan tidak boleh namun susah untuk anda hidup senang kerana
sekuat-manapun anda berkerja, gaji anda masih ditakut yang sama.
Langsung tidak sepadan dengan usaha, tenaga dan masa yang anda curahkan.
Anda masih memakai Proton, tapi boss anda yang asyik tukar kereta
jenama luar negara. Jadi mulalah berniaga. Perkara biasa hari ini bila
doktor pun meninggalkan kerjayanya kerana tidak menyangka perniagaan
internet yang dibuat di masa lapang jauh lebih memberikan hasil lumayan
dari kerjaya doktornya. Begitu juga dengan kebebasan masa yang
dicari-cari selama ini. - Oh! Media
Tiada ulasan:
Catat Ulasan