Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Jumaat, 15 Ogos 2014
Pondok Pengecasan Telefon Pintar Di New York
Pondok pengecasan ini terletak di Bryant Park, New York. CityCharge
menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama dan pengguna boleh
melepak sambil mengecas peranti pintar mereka secara percuma. Pondok ini
adalah hasil kerjasama antara Bryant Park Corporation, Green Barrel
Energy Inc., dan Landscape Forms. CityCharge dilengkapi dengan enam
cable pengecas dan ia hampir boleh digunakan untuk semua peranti telefon
pintar. Panel solar CityCharge juga dibuat dengan fungsi boleh laras
dan pengguna boleh alihkan panel kepada cahaya matahari apabila matahari
beralih kedudukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan