Bayi
mempunyai kulit yang sensitif. Oleh itu, penjagaan yang khusus sangat
diperlukan terutamanya bagi bayi yang menghadapi masalah kulit. Jom
lihat panduan penjagaan kulit untuk si manja anda.
Ruam panas
Ia
berlaku apabila kulit bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan
lembap. Ia kan timbul bintik-bintik kecil kemerahan. Dalam cuaca panas,
pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa
rawatan, bintik-bintik merah seakan jerawat akan timbul.
Rawatan :
Mandikan
bayi anda dengan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang sudah
terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah. Elakkan memakaikan bayi
anda dengan baju yang tebal serta pastikan keadaan bilik berada pada
suhu sederhana. Elakkan menggunakan fabrik sintetik seperti poliester
atau nilon yang memerangkap panas. Pilih fabrik dari kapas dan pakaikan
pakaian longgar.
Ruam Lampin
Ruam
lampin selalunya berlaku disebabkan oleh oleh kelembapan akibat lampin
yang kotor. Ruam juga boleh berlaku apabila kulit bayi tidak begitu
kering selepas mandi. Kadang-kadang, bakteria atau jangkitan yis akan
menyebabkan ruam lampin.
Rawatan :
Kerap
menukar lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Cuci
punggung bayi menggunakan sabun tanpa bahan pewangi, sabun lembut yang
bebas bahan kimia, Kemudian sapukan krim atau losen khusus yang
melindungi kulit yang sedang radang. Pastikan lampin sedikit longgar
untuk memberi ruang udara agar dapat memasuki ruang punggung bayi anda.
Ekzema
Ia
merujuk masalah kulit yang mempunyai dermatitis iaitu kemerahan, kuping
dan bengkak. ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki serta
badan. pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki
mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan kulit
terasa sangat gatal.
Rawatan :
Ekzema
tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Antaranya memakai kan pakaian jenis kain benang, kuku bayi pendek untuk
mengelak iritasi kulit akibat menggaru dan mengelak makanan yang
mencetuskan ekzema.
Kulit kering
Terdapat
bayi yang mengalami masalah kulit kering atau bersisik. Ia biasanya
berlaku pada bahagian punggung atau lengan. Ia tidak berbahaya dan akan
hilang apabila bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
Rawatan :
Selalu lap bahagian kulit yang kering dengan kain. Manakala pada bahagian yang bersisik sapukan losen.
Kerak kepala
Masalah ini juga dikenali sebagai cradle cap.
Ia kelihatan seperti kelelumur pada bahagian kepala bayi. Masalah ini
melibatkan kepala diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning
dan bersisik di kulit kepala.
Rawatan :
Rambut
bayi dibasuh secara kerap dengan syampu bayi, Kemudian dengan
menggunakan berus, sikat rambut bayi untuk menangalkan kepingan kerak.
Boleh juga gosok minyak bayi dengan lembut atau minyak zaitun ke atas
kulit kepala. Biarkan sekejap dan tanggalkan kepingan tersebut. Kemudian
cuci rambut dengan syampu bayi yang lembut.
cahayacinta1617.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan