Pernah terfikir kenapa teman lelaki anda
masih belum melamar atau masuk meminang anda walau dah bertahun-tahun
bercinta? Memang kaum wanita akan rasa stress bila perkara ini terjadi,
apa lagi bila balik kampung, semua orang asyik bertanya. Tapi sebelum
anda marah-marah si dia, apa kata fahami dulu sebab musababnya.
1. Takut
Ha? Takut apa? Jangan ingat lelaki yang nampak macho tak ada perasaan
ini. Bukan takut komitmen, tapi takut jika perkahwinan yang dibina
nanti tak bahagia seperti yang diharapkan. Lelaki akan rasa gagal bila
perkahwinannya runtuh. Mereka juga ada expectations, bukan sahaja
daripada anda, tetapi daripada diri sendiri.
2. Mahu perempuan buka mulut terlebih dahulu
Jangan terkejut, memang ada jenis lelaki sebegini. Dia tak mahu buka
cerita tentang kahwin sebab takut anda tak bersedia lagi. Ini selalu
terjadi dengan lelaki yang punya teman wanita yang berjaya dan punya
pangkat tinggi. Yalah, si dia risau jika ada perkara yang anda belum
capai dalam kerjaya anda.
3. Minat atau obses pada sesuatu
Jangan salah faham ya. Maksudnya minat atau obses pada sesuatu
seperti kereta. Kahwin nak pakai banyak duit. Ada lelaki yang dah letak
target nak beli Ferrari pada usia 30 tahun, jadi dia takkan kahwin
selagi dia tak dapat Ferrari tu.
4. Masih ingat bekas kekasih
Ha, yang ini bahaya. Tetapi hal berkaitan hati dan perasaan ni susah
nak dijangka. Lebih selamat, jangan dekati lelaki yang ada tanda-tanda
masih angaukan bekas teman wanita. Dan tolong jangan bagi alasan
kononnya anda mampu buat si dia lupakan bekas kekasihnya. Penyudahnya nanti anda yang serabut bila si dia buat bodoh saja bila sebut hal kahwin.
mummynemo
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan