Ada
banyak ayat dalam al Quran yang menyebut, 'Ingatlah Aku pagi dan
petang'. Tanpa sokongan hadith sudah tentu kita tidak mengenal waktu
pagi yang manakah dan petang tatkala manakah yang Allah perintahkan
untuk kita mengingatiNya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. "Allah s.w.t. berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku selepas solah asar dan suboh nescaya Aku mencukupi kamu diantara kedunya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. "Allah s.w.t. berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku selepas solah asar dan suboh nescaya Aku mencukupi kamu diantara kedunya.
Disebutkan dalam satu hadith yang lain. "Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akn membantu menyempurnakan hajat kamu."
Hadith Riwayat Imam Ahmad.
Melalui hadith ini kita mulai faham bahawa maksud pagi dan petang itu sebenarnya selepas olah suboh dan selepas solah asar. Ada banyak kelebihan berzikir pada waktu itu yang terdapat dalam banyak hadith. Sedangkan Allah berjanji untuk mencukupkan kita antara kedu-dua waktu itu maka apalah di perlukan lagi kepada perkara-perkara lain. Ada diriwayatkan dalam satu hadith yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. "Saya lebih suka duduk bersama mereka yang sibuk berzikir selepas solah suboh sehingga terbit matahari daripada memerdekakan 4 orang hamba Arab. Demikian juga saya lebih suka duduk bersama mereka yang berzikir selepas solah asarsehingga terbenam matahari daripada memerdekakan 4 orang hamba."
Disebutkan dalam satu hadith bahawa sesiapa selepas mengerjakan solah suboh berjemaah lalu sibuk berzikir sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solah sunat 2 raka'at maka dia mendapt pahala haji dan umrah. Dalam satu hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda, "Saya suka duduk bersama satu jemaah yang sibuk berzikir sehingga terbit matahari setelah solah suboh lebih daripada dunia dan segala isi dunia ini. Demikian juga saya suka duduk bersama satu jemaah yang sibuk berzikir sehingga terbenam matahari setelah solah asar lebih daripada dunia dan isi dunia ini.
Oleh kerana sebab-sebab inilah ahli tasawuf pula sangat mengambil berat kedua-dua waktu tersebut. Pada umumnya selepas solah suboh dan asar mereka mengutamakan berzikir dan berwirid. Para ahli feqah juga mengambil berat tentang berzikir terutamanya selepas solah suboh. Dinukilkan daripada Imam Mali8k rah. dalam kitab 'Mudawwanah' bahawa bercakap-cakap selepas solah suboh sehingga terbit matahari adalah makhruh. Begitu juga di kalangan ulamak mazhab Hanafi, pengarang kitab Darul Mukhtar menulis bahawa bercakap-cakap pada waktu itu adalah makhruh.
Sebelum Tok Wan menutup tulisan ini ingin juga nak berpesan untuk mereka yang hendak berzikir sila pastikan anda tidak berzikir secara berlebihan. Memang zikir dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Namun sebaik-baik zikir sebagai permulan dan yang yang serendah-rendahnya ialah 100 kali Subhanallah alhamdulillah La illaha ilallah Allahu Akbar, 100 kali selawat keatas Nabi s.a.w. dan 100 kali Istighfar, menjadikan jumlahnya 300. Lakukanlah pagi 300 dan petang 300.
Namun jika ada guru yang membenarkan anda berzikir sehingga 1000 atau 70,000 kali silakan asalkan guru tersebut membenarkan dan dapat memantau anda. Ini bagi mempastikan tidak berlaku iseng, maklumlah sudah banyak kita dengar orang iseng kerana agama. Ada yang kata tersalah bawa, memang benarlah tersalah bawa sebab tak bertanya pada guru yang betul. Dan guru yang betul di masjid bukan di internet. Tugas Tok Wan disini pun hanya sebagai pemangkin.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan