Jumaat, 8 Ogos 2014

FORMULA DARI ALLAH UNTUK MENAMBAH REZEKI

Formulanya begini :-

1-1=10

Huh ! Jangan main-main.Bukankah satu tolak satu jawapannya kosong? Tentunya ada yang menyergah begitu. Sabar dulu ye... Mari kita amati janji Allah di bawah :-

"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya.Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). - [Al-An'am 6:160]

Sebelum anda mula menggunakan formula ini,perlu dipatuhi sembilan syaratnya.Apakah syaratnya? Mari kita semak...




Pertama : Yakin
Kedua : Yakin
Ketiga : Yakin
Keempat : Yakin
Kelima : Yakin
Keenam : Yakin
Ketujuh : Yakin
Kelapan : Yakin
Kesembilan : Barulah mula berdoa, beribadat dan bertindak !


Baik, berbalik kepada formula satu tolak satu jawabnya 10 (1-1=10). Sebenarnya apa yang mahu ditolak? Dalam maksud rezeki, tolak itu maksudnya sedekah. Bayangkan sahaja begini, andai kata wang itu bernyawa dan mampu bersuara, dia akan berkata kepada kita, "Setiap seringgit yang tuan sedekahkan akan digandakan sepuluh kali, Berapa pun yang tuan sedekahkan pasti dan pasti akan kembali lagi sepuluh kali ganda. Tidak perlu pakai insya-Allah !"

"Bukan sekadar mendapat sepuluh kali ganda, malah tuan akan terhindar dari bala. Rezeki tuan akan melimpah, memudahkan jodoh, dan kesihatan tuan bertambah baik!" sambung wang lagi.

Begitulah hakikatnya.Jika kita (manusia) berjanji mesti menggunakan insya-Allah, tetapi apabila Allah yang berjanji, Allah pasti akan laksanakan kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Jadi,sekarang saya mahu bertanya, jika itu benar-benar akan jadi nyata, berapakah yang sanggup anda sedekahkan? Cepat jawab !

Masih kurang yakin ??? Baca lagi janji Allah di bawah :-

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia". - [Al-Hadid 57 :11]

Perhatikan janji di atas. 'Sesiapa berbuat kebaikan akan mendapat sepuluh kali ganda'. Nisbahnya 1:10. Satu kebaikan yang kita buat, Allah akan balas 10 kali ganda. Justeru 1-1 pasti jadi 10, bukan kosong wahai sahabat. Malah Allah yang Maha Kaya boleh mebalasnya sehingga 700 kali ganda dan lebih lagi..

Jom menderma.. #Pray4Gaza.


    
 Gambar Ihsan : Aman Palestine 
CC: Fathuri Salehuddin/http://myworknowledge.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...