Selasa, 26 Ogos 2014

Info - Kenali Jenis- Jenis Jerawat

BINTIK PUTIH (white heads)


  

  • Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. 
  • Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. 
  • Bintik putih bukan disebabkan jangkitan kuman.


BINTIK HITAM (black heads)


  • Bintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. 
  • Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. 
  • Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. 
  • Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit. 
  • Bintik hitam bukan disebabkan jangkitan kuman.

PAPULES

  • Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. 
  • Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

PUSTULES
  • Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitive. 
  • Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. 
  • Nanah yang terkumpul di dalam jerawat ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

KISTA (cysts/nodulocystic)


  • Jerawat yang paling besar dan sangat sakit.
  • Kista adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik. 
  • Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. 
  • Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.
  • Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan
  • biasanya meluas hingga keluar area wajah , dan merebak keseluruh punggung, dada, bahu, dan lengan atas.
  • memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.


Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Tetapi jerawat dan resdung berbeza. Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang kronik.
Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran. Ia terjadi di dalam lapisan kulit. Jerawat boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.

Resdung adalah radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung.Ia berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca. Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata. Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat. Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
http://www.cikguzamrud.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...