Isnin, 11 Ogos 2014

2 Perkara Paling Penting Bagi Seorang Muslim

Sebagai seorang Islam, ada 2 pekara yang Allah tengok atau nilai. 2 nilai ini sangat-sangat penting dalam hidup seorang muslim.
  1. HATI YANG TULUS (BAIK)
  2. TINDAKAN YANG BETUL (BAIK)
Ini sejajar dengan hadith daripada Nabi sollallahu’alaihi wasallam, dalam sabda baginda (yang bermaksud) :
“Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang HATI dan AMAL PERBUATAN kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)



Daripada hadith ni, kita faham bahawa, Allah akan nilai atau tengok seorang manusia ini dalam 2 perkara :

  1. HATI
  2. AMAL
Kalau HATI baik pun, tapi AMALAN atau PERBUATAN tak betul, maka natijahnya pun jadi tak baik.
Begitu juga, kalau PERBUATAN atau AMAL baik sekali pun, tapi HATI tak betul… nak menunjuk, riak, sombong, takabbur… maka tak ada maknanya. Allah tak akan terima amal perbuatan kita tu.
cinta allah  
So, mari lah kita jaga 2 perkara ini… iaitu HATI dan PERBUATAN.

Dua-duanya mesti baik! Okay?
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...