Ditulis pesan-pesan ini khas buat diri.
Dikongsi di sini buat muslimin dan muslimah, sahabat-sahabat dan saudara
seagama yang dikasihi kerana Allah Ta’ala.
Khas untuk sesiapa yang mahu sama-sama
peduli pada proses peningkatan iman dan amal, mahu mengambil manfaat
daripada perjalanan diri yang serba kurang dalam usaha mengenal dan
mendekatkan diri pada Illahi.
–
Wahai diri,
Wahai diri,
Semoga berada dalam lindungan rahmat Tuhanmu.
26 tahun di bumi Illahi, maka ambillah
pesan-pesan ini, mulakanlah langkah mewatakkan peribadi. Pesan-pesan ini
hakikatnya hasil kutipan sepanjang perjalanan, perolehan sepanjang
melalui fasa-fasa dalam kehidupan, bertemu dengan betapa banyaknya ragam
dan rencam.
Bila mana dirimu terasa jauh daripada
Illahi, jadikanlah pesan-pesan ini sebagai antara asbab untuk tafakkur
kembali tentang makna penciptaan, tentang makna kehidupan.
Pesan Dari Hati untuk Hati
Wahai diri,
Ini dicatat demi dirimu.
Ini dicatat demi dirimu.
Tinggalkanlah segala yang sia-sia
yang tidak bermanfaat untuk masa depan akhiratmu.
yang tidak bermanfaat untuk masa depan akhiratmu.
Tinggalkanlah sumber rezeki yang syubhat lagi haram
Itu lebih baik untukmu.
Itu lebih baik untukmu.
Tinggalkanlah rancangan hiburan yang melebihkan ketawa, mendahulukan ‘aib daripada iktibar
Itu lebih baik untukmu.
Itu lebih baik untukmu.
Tinggalkanlah segala yang lazat
tetapi tidak jelas halalan toyyiban
Itu lebih baik untukmu.
tetapi tidak jelas halalan toyyiban
Itu lebih baik untukmu.
Berpalinglah daripada melihat yang haram
jika memandang Allah itu keinginanmu.
jika memandang Allah itu keinginanmu.
Berpalinglah daripada mendengar yang haram
jika ‘Wad Khulii Jannati!” itu kalimah yang kau nanti.
jika ‘Wad Khulii Jannati!” itu kalimah yang kau nanti.
Sedikitkan ketawa.
Banyakkan bersedekah pada senyuman.
Banyakkan bersedekah pada senyuman.
Sedikitkan tidur.
Banyakkan sujud pada pekat malam.
Banyakkan sujud pada pekat malam.
Sedikitkan makan.
Banyakkan puasa yang memelihara.
Banyakkan puasa yang memelihara.
Belajar.
Belajar.
Belajar.
Belajarlah apa-apa yang bermanfaat
mendatangkan rahmat
menjemput redha dari Rabbmu.
Belajar.
Belajar.
Belajarlah apa-apa yang bermanfaat
mendatangkan rahmat
menjemput redha dari Rabbmu.
Baiki hubungan dengan ibu bapamu
dengan ibu ayah tirimu
dengan adik-beradik tirimu
sahabat kenalan
saudara-saudara
jiran tetangga.
dengan ibu ayah tirimu
dengan adik-beradik tirimu
sahabat kenalan
saudara-saudara
jiran tetangga.
Jaga diri.
Jaga pandangan.
Jaga kemaluan.
Jaga pandangan.
Jaga kemaluan.
Pelihara malumu.
Pelihara adab dan akhlakmu.
Pelihara adab dan akhlakmu.
Tuhanmu, Allah yang satu.
Nabimu, Muhammad Rasulullah s.aw.
Al-Quran dan sunnah panduanmu.
Jihad jalanmu.
Syahid di jalan Allah adalah cita-citamu.
Nabimu, Muhammad Rasulullah s.aw.
Al-Quran dan sunnah panduanmu.
Jihad jalanmu.
Syahid di jalan Allah adalah cita-citamu.
Berdoalah.
Mintalah dari Allah tanpa kausekutukanNya dengan apa pun.
Mintalah hati yang tenang.
Dada yang lapang.
Rezeki yang barokah.
Sihat dan kelapangan.
Mudah dalam urusan.
Ilmu yang bermanfaat.
Guru yang benar.
Sahabat yang soleh solehah.
Pasangan keturunan penyejuk mata.
Bertahanlah.
Dunia bukan tempat tinggal.
Akhiratlah kampungmu yang kekal.
Mintalah dari Allah tanpa kausekutukanNya dengan apa pun.
Mintalah hati yang tenang.
Dada yang lapang.
Rezeki yang barokah.
Sihat dan kelapangan.
Mudah dalam urusan.
Ilmu yang bermanfaat.
Guru yang benar.
Sahabat yang soleh solehah.
Pasangan keturunan penyejuk mata.
Bertahanlah.
Dunia bukan tempat tinggal.
Akhiratlah kampungmu yang kekal.
Bertahanlah.
Dunia bukan tempat tinggal.
Akhiratlah kampungmu yang kekal.
Dunia bukan tempat tinggal.
Akhiratlah kampungmu yang kekal.
*****
Artikel ini adalah perkongsian ke emel kami daripada Saidatul Faiqah Samasu, [ Facebook ] Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)
http://akuislam.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan