Assalamualaikum
Salam Jumaat yang penuh barakah kepada sahabat semua. Semoga sentiasa
dilindungi Allah s.w.t. Oh ya, jangan lupa berselawat ke atas Junjungan
Besar Nabi kita ye, Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga merupakan hari
sedih bagi seluruh masyarakat Malaysia khususnya para saudara, sahabat
terapat mengenai ketibaan jenazah MH 17. Salam takziah dan Al Fatihah.
SABAR - Adalah satu sikap yang dianjurkan dalam Islam. Ia
mencerminkan keperibadian diri anda. Bersabar sesaat adalah lebih baik
dari bertindak secara melulu.
Dunia hari ini penuh dengan pancaroba. Manusia yang menghuninya tidak
sunyi daripada menghadapi ujian dan musibah. Ada yang mengalami pelbagai
dugaan dalam menempuh fasa kehidupan. Anda yang mengahadapi situasi
begini perlulah sabar dan tabah kerana jika berterusan dalam kesedihan ia akan menghalang diri dari menjalani rutin harian dan ibadat kepada Allah dengan sempurna.
Kelebihan orang yang sabar - Bersikap sabar itu bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, dengan berkat kesabaran itulah anda akan merasai perbezaan dan kemanisannya.
Selain itu, akan mendapat kesejahteraan selain itu dapat membawa keuntungan, keselamatan dan kejayaan selama hidup di dunia mahupun di akhirat kelak.
Diantara kemanisan sifat sabar yang lain adalah terus maju dan dapat
memegang pucuk pimpinan sebagaimana firman Allah dalam surah as-Sajdah,
ayat 24 yang bermaksud "Dan kami jadikan dikalangan mereka beberapa
pemimpin, yang membimbing kaumnya kepada agama Kami, selama mereka
bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami"
Orang yang sabar akan dicintai Allah dan akan mendapat berita gerimbara
dan rahmat Allah s.w.t. Orang yang punyai kesabaran juga akan mendapat darjat yang tertinggi di dalam syurga.
Demikianlah beberapa kelebihan sifat sabar dengan kesudahannya. Jika
selama ini anda selalu bersikap gopoh, pemarah, mudah naik berang, cepat
melenting, dan putus asa, cuba anda belajar bersikap SABAR. Berdoalah lebih kerap agar tergolong dalam golongan orang yang sabar.
Dipetik : Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan