Hijau adalah warna yang paling enak untuk dipandang. Membawa suasana
yang tenang dan damai. Warna hijau ini merupakan warna yang disukai oleh
Nabi Muhammad SAW. Ternyata warna kesukaan dari Nabi SAW ini mempunyai
khasiat tertentu. Yakni dapat menjadi ubat bagi kesihatan kita.
Ada cara yang sangat moden untuk rawatan kemurungan iaitu rawatan dengan
melihat dan memerhatikan warna-warna semula jadi iaitu warna hijau. Dan
bahawasanya melihat selama satu jam setiap hari pada pokok-pokok dan
bunga-bunga dan warna-warnanya yang hidup merupakan cara yang sangat
berkesan untuk merawat kemurungan, kekecewaan dan pelbagai keadaan
psikologi.
Ini dapat kita temui dalam firman Allah;
وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ
"Dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan
air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah," (QS. an-Naml: 60)
Marilah kita renungkan mengenai hubungan yang sangat indah antara kata
(kebun) dan kata (indah), di mana para penyelidik mengatakan bahawa
dengan melihat ke taman-taman akan menumbuhkan kegembiraan di dalam
jiwa. Hal tersebut, ternyata telah terlebih dahulu disampaikan oleh
Allah S.W.T melalui firman-Nya itu.
Maha suci Allah yang telah mencipta keindahan di alam dunia. Tak ada
satu pun dari ciptaan-Nya yang tidak mengandungi manfaat. Segala apa
yang Allah ciptakan terkandung manfaat yang begitu besar bagi kita. Dan
Allah telah menjelaskan mengenai itu semua di dalam kitab suci al-Quran.
[Islam Pos / kaheel7]
SubhanAllah .......
unikversiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan