Rabu, 27 Ogos 2014

Bangunan tertinggi di Gaza musnah

Serangan udara terbaharu yang dilancarkan Israel awal pagi semalam bukan sahaja meragut dua lagi nyawa rakyat Palestin, tetapi turut memusnahkan salah sebuah bangunan tertinggi di wilayah itu.
Bangunan tertinggi di Gaza musnah
Bangunan tertinggi di Gaza musnah

Serangan ke atas bangunan pangsapuri dan pejabat itu telah mencetuskan satu letupan besar dan mencederakan lebih 20 penduduk lain.

Pegawai Palestin memaklumkan, 70 keluarga tinggal di bangunan 13 tingkat itu dan ratusan jiran yang tinggal di kawasan berhampiran juga diarahkan berpindah berikutan bimbang bangunan tersebut runtuh.


Sementara itu, sumber perubatan Palestin mengesahkan 90 keluarga telah dihapuskan rejim Zionis dalam pertempuran berterusan ke atas Genting Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Ashraf Al-Qudra berkata, Israel telah mengeluarkan keluarga Joudeh daripada rekod awam, dan pembunuhan beramai-ramai ini juga menyebabkan 89 keluarga lagi mengalami nasib sama.

Menurut Middle East Monitor, sehingga kini, angka korban di Gaza terus meningkat kepada 2,120 orang termasuk 577 kanak-kanak, 260 wanita dan 101 warga tua.
Sumber : Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...