Khamis, 21 Ogos 2014

Kenali Barkod Produk Israel

Di Malaysia, usaha untuk memboikot produk Israel mendapat sambutan khasnya dalam kalangan umat Islam.  Sebagai tanda protes, kita boleh berusaha untuk tidak menggunakan atau membeli produk mereka.  Setidak-tidaknya ini menunjukkan tanda sokongan kita terhadap pembelaan rakyat di Gaza, Palestine.

Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk atau syarikat itu didaftarkan.

Sekiranya,  produk itu didaftarkan di Malaysia, 3 digit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.




Boikot_Israel_Barcode  
Perbandingan kod bar produk dari Malaysia dan Israel
Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disarankan oleh  Dr Asri Zainal Abidin, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729.  Setiap sumbangan  ke arah kebaikan akan dinilai oleh Allah Ta’ala. InshaAllah…
Kod bar Malaysia:
Codebar_Malaysia  
Kod bar Israel:
Codebar_Israel  
729 : Kod bar produk dari Israel
Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.
Petikan catatan Dr Asri :

“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”
http://bicarasantai.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...