Ramai kanak-kanak pada hari ini kerap mendapat jangkitan penyakit bronkitis. Bronkitis merupakan radang pada lapisan saluran udara yang menuju ke paru-paru. Jangkitan ini mungkin disusuli  jangkitan selesema, demam atau sakit kerongkong.

Kanak-kanak yang mendapat serangan ini mungkin tidak akan berasa begitu sakit, tetapi dia mungkin mengalami kesukaran untuk tidur jika batuknya cenderung bertambah buruk pada waktu malam. 

Antara gejalanya adalah:
 


*Batuk bergemerencing.
*Termengah-mengah sedikit.
*Suhu agak tinggi.
*Hidung berair.

Apa yang boleh dilakukan?
  1. Bantu anak anda melegakan pernafasan termengah-mengahnya dan membersihkan paru-parunya semasa suatu serangan batuk. Baringkannya secara meniarap di atas riba anda dan tepuk belakangnya.
  1. Ambil suhu anak anda dan jika suhunya tinggi, beri ubat parasetamol dan minum banyak air.
  1. Tinggikan bantal anak anda ketika dia dalam posisi berbaring dan tidur.
  1. Sebelum anak anda sihat, biarkan dia berada di dalam rumah, di dalam bilik yang hangat tetapi tidak terlalu panas dan sesak.

Dapatkan pertolongan kecemasan dengan segera sekiranya anak anda menunjukkan sebarang tanda kecemasan.
PAMA