Ahad, 31 Ogos 2014

APS : RAIFAL AK 47 Yang Boleh Digunakan Di Dasar Laut

AK 47 ialah raifal yang paling terkenal di dunia dan digunakan oleh pejuang sayap kiri dan askar Russia. Senjata rekaan Mikhail Kalashnikov ini tahan lasak dan boleh digunakan di dalam situasi paling extreme. Tetapi tahukah anda wujud versi AK 47 yang boleh digunakan di dasar laut?


APS Avtomat Podvodny Spetsialnyy - "Special Underwater Assault Rifle" ialah AK47 yang diubahsuai untuk kegunaan pasukan komando Spetznaz Russia. Pada tahun1975 ia mula digunakan Spetznaz bagi tujuan menentang serangan sabotaj askar musuh. Raifal AK 47 biasa tidak boleh digunakan di dasar laut kerana peluru biasa tidak boleh bergerak jauh di dalam air dan ledakan gunpowder akan merosakkan komponen raifal. APS menggunakan peluru khas berbentuk jarum besi yang boleh menikam musuh dan peralatannya di dalam air. Bentuk peluru yang tirus juga memastikan ia boleh menyerang musuh yang terletak sejauh 30 meter. Setiap magazin APS mampu menyimpan 26 peluru.

Kerana ianya dicipta untuk kegunaan di bawa permukaan air, APS tidak sesuai digunakan di atas darat. Jarak menembak efektik APS di atas darat pula hanya 100 meter. Cool stuff
  
Sumber Afghanistan Squid menerusi pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...