Ahad, 10 Ogos 2014

Jom Tengok Fenomena Supermoon Dan Hujan Meteor Hari Isnin


http://www.core77.com/blog/images/2013/06/supermoon-01.jpg
 Fenomena Supermoon

Fenomena Supermoon & Hujan Meteor 


Pada rakyat malaysia yang tak berkesempatan untuk menyaksikan Fenomena Hujan Meteor yang berlaku pada 23/24 Mei yang lalu serta  Fenomena Supermoon yang berlaku pada 12 Julai yang lalu, you all masih ada peluang tau. 
 
 
 


Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Fenomena "Supermoon", i.e bulan purnama paling besar dan terang dalam tahun ini akan berlaku serentak dengan pancuran Meteor Perseid mulai Isnin hingga rabu depan. Dan waktu yang terbaik untuk menyaksikan pancuran Meteor Perseid ialah selepas tengah malam hingga Subuh dan menghadap ke arah timur laut.  Manakala Feniomena Supermoon i.e bulan purnama pula dijangka akan berlaku pada jam 2.09 pagi Isnin depan. 

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.278622.1399645907!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
Fenomena Hujan Meteor
Pancuran Meteor Perseid terjadi apabila komet Swift Tuttle mengunjungi sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debu di sepanjang laluannya. Komet Swift Tuttle akan menerjah atmosfera bumi pada kelajuan 225,300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit. Pancuran Meteor Perseid mampu menghasilkan banyak bebola api yang memiliki kecerahan seperti Planet Musytari atau Zuhrah. Ketika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, pencerap biasanya dapat menyaksikan lebih daripada 100 meteor sejam.
Fenomena Supermoon pula berlaku apabila bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi iaitu 14 peratus lebih hampir dan 30 peratus lebih terang berbanding malam lain. Bulan akan berada pada jarak 356,896 kilometer jam 1.46 pagi manakala fasa bulan purnama berlaku jam 2.09 pagi Isnin depan.
blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...