Jumaat, 8 Ogos 2014

Pengecas Wireless uBeam Mengecas Dari Jarak Jauh

Jika semalam kami melaporkan Apple sedang membangunkan sistem pengecasan wireless yang mengecas tanpa perlu bersentuhan dengan peranti, hari ini kami melaporkan sebuah pengecas wireless yang digelar uBeam yang boleh mengecas peranti dari jarak jauh.

uBeam-578-80

Pengecas Wireless uBeam Mengecas Dari Jarak Jauh

Teknologi pengecas wireless uBeam merupakan teknologi terbaru dalam pengecasan wireless yang kebelakangan ini berkembang dengan perlahan. Teknologi ini membolehkan pengecasan dilakukan dari jarak jauh seperti dari hujung ke hujung sebuah bilik.


 Teknologi ini melibatkan penukaran cas elektrik kepada bunyi. Gelombang bunyi ini dihantar melalui udara dalam bentuk ultrasound dan apabila ia sampai ke bahagian penerima yang disambungkan kepada peranti seperti telefon pintar, tablet atau laptop, gelombang tersebut diubah semula kepada elektrik dan kemudian mengecas peranti tersebut.
  
Direka oleh Meredith Perry dan beliau berkata dalam temuramah bersama New York Times   bahawa ia merupakan satu-satunya sistem pengecasan wireless yang membenarkan pengguna mengguna telefon pintar, berjalan ke sana ke mari sambil mengecas peranti tersebut. Ia memberikan pengalaman pengecasan seperti menggunakan WiFi. Dengan kata lain, peranti anda boleh dicas secara berterusan selagi anda berada dalam bilik yang mempunyai pemancar uBeam, tanpa perlu ada apa-apa sambungan fizikal kepada peranti anda.

Ia juga berupaya untuk memancarkan data secara selamat, yang merupakan satu kelebihan dalam menjadikan “internet of Things” satu realiti, di mana semua peranti mempunyai keperluan untuk berkongsi data antara satu dengan lain. Pemancarnya juga direka supaya hanya berukuran 5mm, bermakna ia boleh dibentuk menjadi hiasan dinding tanpa perlu menonjol seperti sesuatu yang pelik.

Perry menyasarkan untuk memasarkan produk uBeam pertama dalam masa dua tahun akan datang dan membayangkan membanjiri pasaran dengan produknya itu dengan menjualnya kepada hotel, kedai kopi dan pejabat-pejabat. Sehingga itu, banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan pada produk tersebut terutamanya dari segi efisyensi.
 http://techkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...