Tetapi sehari selepas
itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya di
Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, "Semua mimpiku hancur selepas
tembakan dua kereta kebal zionis 'Israel' menggelapkan hidupku dan
mencederakan semua saudaraku."
Selepas solat Subuh di
Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur di rumah
mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan
untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur,
menantikan ibunya untuk membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada
masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya.
Tanpa belas kasihan, dua
kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan bilik tidurnya
lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain.
"Mereka sedang tidur
bagaikan malaikat," ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO. "Ayah mereka
sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara dan
ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital. "
Seluruh baju Muhamad
telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah hancur
berkecai. Dia tidak dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan
dapat melihat lagi mimpi-mimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati
warna-warni mainan atau baju raya.
Muhamad dan salah satu
saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan
penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada
sedikit kesempatan ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang
didonorkan dari orang lain atau mata buatan.
Selepas lima saudaranya
meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi untuk
tinggal bersama Muhamad atau bersama saudara-saudaranya di tempat yang
berbeza di hospital.
Di hari ke-34 perang
Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1900 rakyat Palestin dan
dianggarkan 9000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka
berdasarkan statistik dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di
antara yang meninggal ada 400 orang adalah kanak-kanak.
Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negera.
Ramai doktor dan
penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap suatu hari
nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika
harapan itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah
Muhamad ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam
iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah roket F16 milik zionis
yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat.
Kejadian itu menyebabkan
lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera. Nidal Badran
iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal dunia.
Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya.
TERUSKAN MEMBOIKOT
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Hancur luluh rasanya hati ini
BalasPadam