Kawasan kerap
berlaku kemalangan (selalu accident) di seluruh negara telah menurun
kepada 146 tahun ini berbanding 183 kawasan tahun lepas, kata Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad malam tadi.
Beliau berkata
antara lokasi itu ialah antara KM 12 hingga KM 70 di Kuala Lipis menuju
Merapoh, KM 14 hingga KM 15 di Kuala Lumpur menuju Ipoh dan KM 4 hingga
KM 13 di Johor Baharu menuju Air Hitam.
"Daripada 146
kawasan itu, 72 adalah di bawah JPJ manakala 74 di bawah polis," katanya
pada sidang media di Plaza Tol Puchong arah Selatan (menghala
Putrajaya) dekat sini.
Terdahulu,
beliau menyertai praoperasi bersepadu sempena Aidilfitri yang dijalankan
bersama oleh JPJ, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat(SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Puspakom
Sdn Bhd di plaza tol itu.Ismail berkata
praoperasi itu akan dijalankan sehingga 31 Julai ini sebelum Operasi
Bersepadu diadakan serentak di seluruh negara dari 1 hingga 18 Ogos
depan."Operasi ini
lebih ditumpukan kepada kenderaan motosikal dan bas ekspres kerana ia
sebagai penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya di seluruh
negara," katanya.Ismail berkata
sebanyak 69 saman dan sembilan notis dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai
kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tidak memiliki lesen
memandu, memasang cermin gelap melebihi tahap ditetapkan dan plat nombor
tidak mengikut spesifikasi.Beliau
menasihatkan para pemandu dan penunggang motosikal supaya mengutamakan
keselamatan menjelang hari raya berikutan peningkatan bilangan kenderaan
di jalan raya. - Bernama
State
|
Jalan / Laluan / stretch of road
|
Kelantan
| Pasir Puteh
- Jln. K. Bharu-K. Terengganu
Machang
- Jln Machang-Pasir Puteh
- Jln. Machang-Tanah Merah
- Jln. K. Bharu-K. Krai
Kuala Krai
- Jln. K. Krai-Gua Musang
- Jln. K. Krai-Kota Bharu
Gua Musang
- KM1 – 74 Jln. Gua Musang-K. Krai
- Jln. Gua Musang-Merapoh
Tanah Merah
- Jln. Tanah Merah-Jeli
- Jln. Tanah Merah-Machang
Tumpat
- Jln. Kota Bharu-Machang
- Jln. Wakaf Baru-Pengkalan Kubor
- Jln. Tanah Merah-Pasir Mas
Pasir Mas
- Jln. Salor-Pasir Mas-Kota Bharu
|
Terengganu
|
Kuala Terengganu
-
KM 15-24 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu
-
KM 4-12 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang
-
KM 15-35 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja
-
KM 6-10 Jalan Kuala Terengganu-Seberang Takir.
Besut
-
KM 98-114 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
-
KM 6-10 Jalan Kampung Raja-Alor Lintang
-
KM 1-20 Jalan Jertih-Kampung Raja
-
KM 1-35 Jalan Jertih-Keruak
-
KM 1-28 Jalan Jertih-Bukit Puteri.
Marang
Dungun
-
KM 61-69, KM 74-89 dan KM 91-102 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
-
KM 58-75, KM 77-89 dan KM 95-108 Jalan Jerangau-Jabor
Kemaman
-
KM 110-115, KM 120-138, KM 140-141 dan KM 149-158 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
-
KM 122-148 dan KM 155-179 Jalan Jerangau-Jabor
-
KM 14-16 Jalan Cukai-Air Putih
Setiu
-
KM 46-49, KM 51-53, KM 65-68 dan KM 82-84 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu
-
KM 41-44, KM 65-68 dan KM 73-75 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja
-
KM 32-35 Jalan Sungai Tong-Kuala Berang
|
Perak
| Kerian
- KM 95 - 123, Jln Ipoh – B’worth
Taiping
- KM 74, Jln Taiping Pantai Remis
- Jln Taiping – Kuala Sepetang
Gerik
- KM 15 – 70 Jln Gerik - Jeli
- Jln Gerik – Penkalan Hulu
- KM 7 – 11 Jln Gerik – Lenggong
- KM 82 – 115 Jln Ipoh Gerik
Sg. Siput
- KM 29 – 44 Jln Ipoh – K/kangsar
Ipoh
- Jln Ipoh – Lumut
- Jln Ipoh K/kangsar
Hilir Perak
- Jln Sitiawan – Teluk Intan
- Jln Maharajalela
- Jln Maharajalela – Teluk Intan
- Jln Changkat Jong
- Jln Teluk Intan – Hutan Melintang
- Jln Langkap – Kampar
- KM 18 – 36 Jln Hutang Melintang – Bagan Datoh
- Jln Bahagia
Manjung
- Jln Sitiawan – Lumut – Teluk Intan
- Jln Sitiawan – Ipoh
Bt. Gajah
Tg. Malim
- KM 102 – 224, Jln Ipoh – K/lumpur
Tapah
- KM 53 – 87 Jln Ipoh – K/lumpur
|
Pulau Pinang
|
-
Jalan Chain Ferry
-
Jalan Permatang Batu
-
Jalan Machang Bubok-Kulim
-
Jalan Bukit Minyak
-
Jalan Valdor
-
Jalan Sg. Bakap
-
Jalan Bagan Luar-Bumbung Lima
-
Jalan Paku Lima-Kampung Selamat, Padang Serai
Selain itu, di bahagian Pulau, laluan maut yang dikenal pasti adalah:
-
Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu
-
Jalan Paya Terubong-Balik Pulau
-
Jalan Bayan Lepas-Teluk Kumbar
|
Perlis
|
Kangar
-
Jalan Kangar - Alor Setar
-
Jalan Kangar - Kodiang
-
Jalan Kuala Perlis - Changloon
-
KM 1-5 Jalan Kangar - Padang Besar
-
KM 5.2-34 Jalan Kangar - Padang Besar
|
Kedah
|
Kota Setar
-
KM1-9 Jalan Alor Setar-Pokok Sena
-
KM8 Jalan Alor Setar-Kangar
-
KM1-3 Jalan Alor Setar-Sungal Petani (Tandop)
Kuala Muda
Butterworth
Kulim
-
KM12 Jalan Kulim-Mahang
-
KM32 Jalan Kulim-Baling
Kubang Pasu
Baling
Padang Terap
Langkawi
Pendang
Bandar Baharu
Yan
Sik
|
Pahang
|
Kuantan
-
KM 36-48 Jalan Kuantan-Maran
-
KM 11-20 Jalan Kuantan Bypass
-
KM 32-35 Jalan Kuantan-Kemaman
Pekan
Lipis
Temerloh
Maran
Bentong
Rompin
Raub
-
KM 325-326 Jalan Raub-Lipis
-
Jalan susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari Felda Jengka 19 ke Bandar Jengka
-
Selekoh Felda Jengka 19
-
Selekoh Felda Jengka 20 dan Felda Jengka 16 serta Felda Jengka 15
-
Persimpangan Bukit Cempedak, laluan Bukit Kebok dan persimpangan Pekan Tajau
|
Selangor
|
-
KM 415-452 Lebuhraya Tanjung Malim-Shah Alam
-
KM 1-4 Lebuhraya Elite
-
KM 12-45 Jalan Klang-Banting
-
KM 16-24 dan KM 70-77 Jalan Kuala Kubu-Rawang
-
KM 24-69 Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam
-
KM 1.9-2.7 Jalan Banting-Salak Tinggi
|
Negeri Sembilan
|
|
Melaka
|
-
KM 17 -44 Jalan Gapam-Bemban-Chincin
-
Jalan Bachang-Pasir Putih
-
KM 13-32 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)
-
Jalan Melaka-Sungai Udang-Klebang-Tengkera
|
Johor
|
-
KM 9-11 Jalan Johor Bahru-Air Hitam
-
KM 56-63 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat
-
KM 2 Jalan Bakri dari Muar ke Yong Peng
-
KM 10 Rawang dari Muar ke Segamat
-
KM 135 Lebuh raya Utara Selatan
-
KM 37-48 Jalan Mersing-Kota Tinggi
-
KM 6 Jalan Endau-Mersing
|
Sarawak
|
Kuching
Samarahan
Sri Aman
-
KM 6 dan KM 106-112 Jalan Sri Aman-Kuching
-
KM 20 Jalan Sri Aman-Sarikei
-
KM 16-19 Jalan Simpang Bukit Punda
Miri
Sarikei
Sibu
Bintulu
|
Sabah
|
Kota Kinabalu
-
KM 0-15 Jalan Lintas-Tuaran
-
KM 8-20 Jalan Kota Kinabalu-Papar
-
KM 9-22 Jalan Lintas- Kepayan
Sandakan
Tawau
Keningau
Beaufort
Kudat
Lahad Datu
Kimanis
Silam
Telipok
Telupid
Segama
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan