Ahad, 18 Ogos 2013

Ayat Al-Quran Tidak Hangus Dibakar oleh Tentera Mesir

Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Pelbagai insiden keganasan berlaku hingga menyebabkan kematian demi kematian. Kekejaman pihak tentera Mesir dilaporkan semakin melampau-lampau apabila mereka bertindak membakar Masjid Raba’ah hingga tinggal abu.  Namun, ada sesuatu yang mengejutkan ditemui biarpun masjid berkenaan hangus sepenuhnya.

askar_bakar_masjid
Kelihatan menara masjid tenggelam dalam lautan api




Meskipun tentera negara haram Israel diketahui memusuhi orang-orang Islam, namun mereka tidak pernah dilaporkan menyerang hingga ke dalam Masjid apatah lagi membakar masjid-masjid.

Nampaknya, semakin biadab  para tentera Mesir dalam menangani penyokong Morsi hingga bertindak melakukan serangan ke dalam masjid yang dikenali sebagai Masjid Raba’ah.   Beberapa sumber termasuk Ikhwan Muslimin mendedahkan, pihak tentera cuba untuk menghapuskan bukti dengan sebolehnya menipu angka korban semalam pada kadar paling rendah.
askar_bakar_masjid2
Masjid yang hangus dibakar oleh tentera Mesir

Tindakan terdesak dilakukan bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan membakar mayat-mayat penyokong Morsi di Medan Raba’ah semalam selepas menembak mereka.

askar_bakar_masjid3
Ratusan jenazah sedang dikenal pasti oleh ahli keluarga dan rakan si mati
Percubaan kedua pula, tentera-tentera ini membakar jenazah yang dikumpulkan di tingkat bawah Hospital Awam di Medan Raba’ah.  Di tingkat itu, terdapat ribuan jenazah penyokong Morsi yang terkorban ditempatkan disitu.

Bagaimanapun hanya 350 mayat sahaja sempat diusung keluar dari hospital itu manakala selebihnya hangus terbakar.  Kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan itu kemudian dikumpulkan di Masjid Al-Iman, kawasan Makram ‘Abid.

Pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Iman masjid yang dijadikan tempat pengumpulan jenazah penyokong Morsi – bagi menyuraikan ahli keluarga mangsa yang sedang mengecam jenazah di dalamnya.

Tindakan tentera itu dipercayai bertujuan untuk mencuri jenazah di masjid itu bagi mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan bukti dengan mendakwa hanya sedikit yang terkorban dalam serangan semalam.
Dalam pada itu, sumber R.N.N menyebut kiraan pertama angka syuhada’ sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam.  Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba’ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.

Meskipun Masjid di Raba’ah dibakar oleh tentera Asisi, hingga menyebabkan selain dari struktur masjid terbakar, malah turut membakar sama penyokong Morsi yang berlindung di dalamnya bersama-sama naskah Al-Quran sehingga rentung.

Namun begitu, helaian yang terkandung ayat ini tidak sedikit pun terbakar.  Ayat itu bila diterjermahkan berbunyi:
al_quran_diMesir
 Kelihatan ayat Quran yang tidak terjejas dimamah api
 ” Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu “[Fussilat (41): 53-54] “

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar bumi Mesir yang sedang bergolak ini segera dapat dihentikan bagi mengelak lebih ramai orang Islam terkorban di sana.
 http://bicarasantai.com/

1 ulasan:

  1. ” Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu “[Fussilat (41): 53-54] “

    Semoga tentera Mesir mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT...semoga balasan setimpal di berikan pada mereka...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...