Gambar hiasan |
Insan berada di dunia ini bukan semata-mata untuk hidup
bahkan setiap insan itu dituntut untuk membina kehidupan..
Hidup dan kehidupan itu sesuatu yang berbeza..
Hidup ialah bila insan itu dapat menyediakan
keperluan-keperluan asas seperti makan,pakai, dan tempat tinggal..
Adapun kehidupan ia suatu perkara yang lebih besar dari
hidup..Kehidupan itu adalah bila mana adanya kasih sayang,belas
kasihan,persaudaraan dan kemesraan yang mana semua ini adalah lebih bermakna
dari sekadar hidup..
Kita analogikan antara membina hidup dengan membina
kehidupan ibarat antara membina rumah dengan membina rumah tangga..
Membina rumah adalah dengan kayu,paku batu dan simen..
Tetapi rumah tangga tidak dibina dengan kayu,paku batu dan
simen
Ia dibina dengan kasih sayang..
Sebab itulah untuk menyatukan kayu dengan kayu kita
menggunakan paku..
Untuk menyatukan batu dengan batu kita gunakan simen..
Untuk menyatukan hati dengan hati kita gunakan kasih
sayang..
Soalnya sekarang bagaimana mahu membina kahidupan bukan
sekadar untuk hidup?
Ungkapan yang masyhur:”Kita hidup dengan apa yang kita dapat
tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan”
Sebab itulah dalam hidup ini kita kena banyak memberi kerana
dengan memberi barulah kita membina kehidupan..
Kalau dalam hidup ini kita ini kita cuma fikirkan”How to
get”bukan”How to give” maka jadilah kita seperti hidup hidupan seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan yang mana mereka hanya ada hidup tetapi mereka tidak
membina kehidupan.
Sebagai contoh bagaimana membina kehidupan dengan sikap
memberi,adalah kasih sayang..Insan mana yang tidak memerlukan kasih sayang?
Semua yang bergelar insan pasti inginkan kasih sayang,bahkan
kehausan insan untuk mendapatkan kasih sayang berada diparas yang sangat
tinggi..
Insan itu hendakkan dirinya dihargai dan diberi
perhatian..Tetapi mengapa tidak ramai insan yang mendapat kasih sayang?Kenapa
kasih sayang semakin pupus dan tandus di dalam kehidupan insan di dunia
ini?jawabnya adalah kerana insan itu tidak melakukan hukum untuk beroleh kasih
sayang itu..
Kasih sayang hanya akan dapat dimiliki apabila kita memberi
terlebih dahulu..Bila kita memberi kasih sayang barulah kita akan mendapat
kasih sayang…Itulah hukumnya..
Masalahnya sekarang insan terlalu bakhil untuk
memberi..Masing-masing hanya mahu mendapatkannya,sebagai contoh seorang suami
yang dalam perjalanan pulang dari kerja membayangkan bila dia sampai di rumah
nanti isteri akan sambutnya sambil tersenyum menyapanya dimuka pintu..Begitulah
juga dengan si isteri dirumah mengharapkan bila si suami sampai nanti suaminya
akan menyapanya dengan kata-kata kasih sayang..Ketika mereka bertemu di muka
pintu rumah masing-masing menunggu seperti yang diharapkan..seperti yang
dikhayalkan..
Bila saling menunggu siapa yang akan memulai memberi kasih
sayang akhirnya dua-dua tidak mendapat kasih sayang..
Orang yang dahulu memberi kasih sayang, sebenarnya dialah
yang dahulu akan mendapat manfaatnya
dari yang menerima..
Tangan yang menghulur bunga mawar pasti tangan itu berbau
harum..Ketika kita memberi kebaikan kepada orang lain, sebelum orang itu
merasai kebaikan yang kita berikan kepada dia, kita dahulu akan merasai
kebaikan itu dan ia akan mewarnai kehidupan kita..
Ceriakanlah hidup kita dengan sikap memberi kerana dengan
memberi akan menyebabkan kita akan mendapat lagi banyak menerima..”when you
give,you get back”..
Rasulullah SAW bersabda:
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang
lain (HR.Ahmad,Thabrani, Daruqutni.Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah
As-Shahihah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan