
Kali ini saya ingin paparkan juga mengenai seni melibatkan kertas yang dipanggil origami yang menakjubkan ini.
Seni origami berbentuk haiwan ini dihasilkan oleh seorang origami artist dari Vietnam yang bernama Nguyen Hung Cuong. Beliau yang telah menghasilkan seni origami sejak berusia 5 tahun ini berkata bahawa menghasilkan origami ini hanyalah sebagai hobi dan bukannya sebagai kerja sepenuh masa, namun beliau berharap satu hari nanti mampu menerbitkan sebuah buku yang akan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Walaupun
hanya sebagai hobi, namun tak dapat dinafikan bahawa hasil seni Cuong
ini memang sangat cantik dan menakjubkan, malahan tak mustahil ada yang
teringin untuk membelinya. Untuk melihat lebih banyak hasil kerja
beliau, anda boleh lawati laman Flickr milik Cuong.
Saya kalau bab origami ni, nak buat kapal terbang kertas tu je la yang tahu. Agaknya boleh tak dikira sebagai origami juga? Heheh.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan