ASSALAMUALAIKUM
HARI ni kak noor nak kongsikan resepi karipap pusing ni, resepi ni kak Noor intai dari siapa lagi kalau bukan
dari blog SHEILA SPICES TU,
untuk SHEILA izinkan Kak Noor kongsikan di blog kakak jugak ya, memang
sedap dan terangkat, fedback dari pelanggan memang memberangsangkan.
BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin
BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran
CARA MEMBUAT NYA
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal
atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi
bulat dan ketepikan.
Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang
berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan
minyak panas tu. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK
PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. Bancuhkan bersama air dan
tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga
sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi 4 dan
dibulatkan.
Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1
bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi
untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan
tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama
macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh
seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15
minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni
yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji
karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong
10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja
jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan
klim lah cantik2 ya..
Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api
yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap
minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar
keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...
BAHAN INTI
7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA
- Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
- Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
- Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
- Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.
nooriahnaim.blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan