Buah-buahan sememangnya terkenal sebagai sumber berkhasiat untuk
sesiapa yang menikmatinya. Salah satunya buah kiwi yang cantik berwarna
hijau. Buah kiwi terkenal sebagai sumber diet rendah kalori.
Kelebihan buah kiwi untuk ibu yang mengandung sangat mengagumkan, buah
ini mengandungi beberapa vitamin termasuk vitamin B, zat besi, zink dan
mineral. Kesemua zat tersebut diperlukan oleh ibu hamil sebagai pembekal
khasiat untuk bayinya.
Masalah sembelit memang biasa di kalangan ibu mengandung. Buah kiwi
mampu mengatasi masalah sembelit tersebut. Zat karbohidrat merupakan
komponen penting lain yang diperoleh oleh ibu hamil selepas makan buah
kiwi. Karbohidrat diperlukan untuk memproses makanan dalam system
pencernaan.
Buah kiwi membantu mencegah dan meringankan sembelit serta mencegah
keadaan yang lebih teruk lagi. Selain dari itu vitamin C adalah salah
satu vitamin yang penting untuk diambil sepanjang hamil. Penyerapan
kalsium dan zat besi akan lebih baik dengan memanfaatkan vitamin C yang
terkandung dalam buah kiwi. Buah kiwi mengandungi jumlah vitamin C dua
kali ganda berbanding buah oren.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan