Rahsia diciptakan Duri antara Mawar. Cerita Motivasi dan Inspirasi.
Kisah Teladan Teladan yang memberi semangat dalam diri disamping
meningkatkan kualiti kehidupan. Kisah Pemuda dan Mawar Merah menyingkap
rahsia Duri antara Mawar.
Ramai mengeluh, kerana diciptakan duri antara mawar
Bukankah lebih baik, kiranya
Kita bersyukur, kerana diciptanya mawar antara duri
Suatu ketika, ada seseorang pemuda yang mempunyai seuncang benih mawar
merah. Ia ingin sekali menanam mawar itu di kebun belakang rumahnya.
Baja dan sudip tangan berkebun telah disiapkan. Bergegas, disiapkannya
pula pasu kecil tempat mawar itu akan tumbuh berkembang. Dipilihnya pasu
dari tembikar yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup
mendapat sinar matahari. Ia berharap, benih ini dapat tumbuh dengan
kelopak-kelopak mawar yang sempurna.
Disiraminya benih mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera dicungkilnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah tumbuh tunas bunga itu. Kelopaknya nampak mulai merekah, walau warnanya belum kelihatan sempurna. Pemuda ini pun senang, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil. Direnunginya bunga itu dengan hati-hati. Dia nampak heran, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia menyesalkan mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya. Ramai mengeluh, kerana diciptakan Duri antara Mawar.
Pelbagai persoalan bermain di minda,"Mengapa dari bunga seindah ini, tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan menyulitkanku untuk menjaganya nanti. Setiap kali ku sentuh, pasti saja tanganku terluka. Selalu saja ada bahagian dari kulitku yang terguris. Ah pekerjaan ini hanya membuat aku sakit. Aku tak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri jahanam ini."
Lama kelamaan, pemuda ini nampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan pudar dan lesu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai gugur satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun pudar warnanya dan layu.
Jiwa manusia, adalah juga seperti "Rahsia diciptakan Duri antara Mawar"
ini. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Allah yang
menemukannya kepada seseorang untuk dijaga dan dirawat. Allah juga yang
meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Seperti taman-taman
berbunga, jangan dibiarkan jiwa kita, juga ada tunas mawar yang pudar
warnanya dan layu.
Namun ramai dari kita yang mengeluh, kerana diciptakan duri antara
mawar.Mereka hanya melihat "duri" yang tumbuh. Banyak dari kita yang
hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering
menolak kebaikan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan
tak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya perkara-perkara yang
melukai yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk menyirami
perkara-perkara baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita
kembali kecewa. Bukankah lebih baik, kiranya kita bersyukur, kerana
diciptanya mawar antara duri.
Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya mempunyai mawar
yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyedari, adanya mawar
seindah itu. Kita, selalu melihat dan terbeban dengan duri-duri
kelemahan diri dan onak-onak pesimis dalam hati ini. Jika ada yang
menerima teguran dari rakan-rakan, ia dikira satu rahmat, kerana
selalunya hati manusia ini keras. Walaupun kelihatn senyum mengangguk
namun dalam diam tersembunyi ego yang tebal yang menentang.
Jika kita dapat mencari "mawar-mawar" dan melihat pada keindahan yang
tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang ada
dan bakal muncul seterusnya. Kita, akan terdorong untuk membuatnya akan
membuatnya mekar merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas
baru bakal muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas
kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa
kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berjaya untuk
menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri
yang muncul.
Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang
ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang menenangkan
keruwetan hati. Mari, kita temukan "mawar-mawar" ketenangan,
kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin,
kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tapi janganlah itu membuat
kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan tercalar dan
terluka, tapi janganlah itu membuat kita lemah dan berduka.
Ramai mengeluh, kerana diciptakan duri antara mawar
Bukankah lebih baik, kiranya
Kita bersyukur, kerana diciptanya mawar antara duri
¹³ Pseudosupra | aLive Blog
Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya
memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang
teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya
menjadi benih dan benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas
itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga
menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan
salam-salam itu, agar kita dapat menuai kuntum-kuntum mawar cinta itu
kepada setiap orang, dan menumbuh-kembangkannya di dalam taman-taman
hati kita. In Sya Allah, sesiapa saja boleh menemui cinta sejati mereka.
Sungguh Menarik Kisah Rahsia diciptakan Duri antara Mawar.
hootoh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan