Pada 12 dan 13 Ogos yang lepas, berlaku satu fenomena pancuran meteor
yang dapat dilihat dengan mata kasar diberi nama hujan meteor
Perseid. Pancuran
meteor Perseid lebih menarik berbanding pancuran meteor lain kerana
kadar peratusan yang tinggi ia akan menghasilkan pancuran yang terang
dengan bilangan meteor yang banyak pada setiap tahun. Ramai peminat
astronomi berkumpul dan menunggu untuk melihat fenomena ini sendiri.
Kami juga menunggu tapi malangnya kami tidak nampak hujan meteor
berkenaan di kawasan kami kerana awan tebal dan juga hujan lebat pada
malam berkenaan. Post kali ini kami nak kongsikan kepada anda gambar
yang diambil semasa fenomena pancuran meteor Perseid tempoh hari. Semoga
terhibur.

Tahi bintang kelihatan ketika pancuran meteor Perseids di Cotswold Water Park Gloucestershire

multiple exposure meteor Perseids di pergunungan Sierra Norte de Madrid

Meteor Perseid kelihatan di Lovell Radio Telescope di Jodrell Bank di Holmes Chapel, UK

Meteor Perseid di Gurun Mojave

Meteor Perseids di Athens, Greece

tahi bintang dari pancuran meteor di Budapest Hungary

Gambar pancuran Meteor Perseid yang diambil pada tahun 2008

Pancuran meteor Perseid di Sepanyol

Pancuran meteor di belakang pokok zaiton di Greece

Tahi bintang di Sieverdorf, Jerman

Bintang dan meteor di Madrid, Sepanyol

Meteor di Istana Northumberland, Britain

Hujan meteor di Stone Hedge
Macam mana cool kan? Kami masih lagi tak dapat jumpa gambar pancuran
meteor yang diambil di Malaysia. Mungkin kerana banyak tempat yang yang
mempunyai awan tebal serta hujan lebat.
cisdel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan