PELAKON bersuara serak-serak basah, Anita Baharom mengakui dia kini
berasa lebih tenang selepas mengenakan hijab sejak beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah, kini selepas bertudung, saya rasa lebih tenang. Sebenarnya, saya sudah lama berniat untuk mengenakan hijab. Beberapa bulan yang lalu, suami saya yang merupakan seorang penerbit di sebuah stesen televisyen menjalani penggambaran di Tanah Suci Mekah dan perubahan saya bermula selepas mendapat pengalaman di sana,” ujarnya memetik laporan portal Gua.
Anita mengatakan dia mula mengenakan hijab ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah sehinggalah ianya kekal sehingga ke hari ini.
Sejajar dengan perubahan imejnya itu, Anita juga mengatakan dia terpaksa melepaskan satu tawaran pengacaraan yang diterimanya, menuntutnya memakai turban dalam rancangan tersebut.
“Saya ada menerima tawaran untuk menjadi pengacara sebuah rancangan sebelum saya bertudung. Namun begitu, selepas saya memakai tudung, saya maklumkan kepada mereka saya sudah bertudung. Tetapi mereka mahu saya tampil mengacara dengan mengenakan turban. Jadi, saya tolak tawaran tersebut dan menganggap itu bukan rezeki saya,” katanya.
mynewshub

Tiada ulasan:
Catat Ulasan