Jumaat, 30 Ogos 2013

Tahukah Anda Siapa Pramugari Pertama Di Dunia?

Ellen Church (1904 - 1965), Pramugari Pertama di Dunia Sejak Wright Bersaudara dalam lipatan sejarah "12 saat yang mengubah dunia" pada 17 Disember 1903 dengan menerbangkan pesawat terbang berenjin pertama, dunia penerbangan mulai berkembang pesat.



Pada awalnya, sehigga akhir Perang Dunia I, hanyalah pesawat tempur sahaja yang mula berkembang. Selepas itu pada dekad 1920-an, pesawat penerbangan awam mula diperkenalkan. yang dipelopori oleh William Boieng yang menubuhkan industri kapal terbang Boieng di Seattle, Amerika Syarikat pada 1916. Dan Anthony Fokker pula menubuhkan industri kapal terbang Fokker di Belanda pada 1919.
 

Namum, pada masa itu kapal terbang komersial berkembang agak perlahan. Salah satu alasan mengapa pengangkutan udara kurang popular adalah kerana ramai yang menganggap pengangkutan udara adalah berbahaya.

Jadi sebagai penarik perhatian orang ramai agar menggunakan pengangkutan udara adalah dengan menyakinkan bahawa pengangkutan udara adalah selamat.

Salah seorang yang berjasa berjaya mengubah imej pengangkutan udara adalah Ellen Church.


Beliau dilahirkan di Cresco, Iowa, Amerika Syarikat pada 22 september 1904, Ellen Church adalah pada mulanya seorang jururawat yang menpunyai minat yang tinggi terhadap dunia pernerbangan dan juga bercita-cita menjadi pilot.

Sebenarnya Church memohon berkerja di Boieng Ait Transport (BAT) (yang kini ditukar menjadi United Airlines) sebagai juruterbang.

Namun, Steve Stimpson, seorang pegawai BAT menpunyai idea yang lebih baik, iaitu dengan meletakkan Church sebagai pramugari di dalam kapal terbang berdasarkan pengalamannya sebagai jururawat, yang bertugas untuk menenangkan penumpang yang takut.

Meramalkan publisiti yang hebat yang akan terjadi dengan menempatkan jururawat sebagai pramugari, Stimpson menjual idea tersebut kepada atasannya.
sentiasa panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...