8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas | Setiap orang mempunyai cara makanan dan pola makanan yang berbeza. Hanya harus pandai mengimbangi makanan mengikut piramid makanan untuk mendapatkan nutrient yang seimbang untuk tubuh badan.
Setiap jenis makanan mempunyai khasiat
yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas. Makanan pedas mungkin
menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak
suka dengan makanan pedas.Orang yang tidak suka makanan pedas
kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit
yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada
manfaat baik bagi tubuh kita.
8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas
1. Melancarkan pernafasan
Makanan pedas bertindak seperti ubat
untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma,
bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar
bernafas lebih baik.
2. Menjaga mood
Makanan pedas boleh meningkatkan
penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin.
Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
3. Mencegah Kanser
Banyak penelitian menunjukkan kuantiti
teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis
zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit
. Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel
kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan
leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan
mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan
tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada
hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Memperbaiki fungsi penghadaman
Manfaat cili dalam saluran penghadaman
adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan
mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab
penyakit gastrik.
Akan tetapi jika anda mengalami heartburn
(rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan
meneutralkan asid di perut.
5. Menghilangkan Gejala Selsema
Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema
yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan,
mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang
lain.
6. Menyihatkan jantung
Cili menyihatkan jantung dengan cara
mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol
yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan
pembuluh darah tersumbat.
Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.
Alasannya, cili merah boleh mengurangkan
kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan
keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
7. Turunkan berat badan
Cili mengandung kapsaisin, , memiliki
kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika
mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan
membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana
kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan
denyutan jantung.
Tambahan pula, kajian menunjukkan orang
yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit
sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh
meningkatkan metabolisme anda.
8. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A
dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada
meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh
menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
fuh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan