Orang
ramai berkunjung ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid
Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina
Muslim dibuka untuk jemaah pada 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 27 Ramadan
1434H. Pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid
Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma),
Ipoh. -fotoBERNAMA
MASJID Muhammadiah merupakan masjid pertama di negeri Perak
yang dibina sepenuhnya berkonsepkan seni bina dan budaya Cina selain
mempunyai persekitaran yang unik dan indah.
"Pembinaan Masjid Muhammadiah dengan kos RM4 juta itu merupakan mercu
tanda kepada rakyat di Perak yang mana masyarakat Islam di sini terdiri
daripada pelbagai kaum.

Majlis Bandaraya Ipoh juga diarah membina landskap untuk memperindahkan persekitaran masjid itu.

"Fasa kedua dengan kos RM3 juta melibatkan pembinaan pusat dakwah, pendidikan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan," katanya.
Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang. - BERNAMA/mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan