Assalamualaikum w.b.t
Asyik terpospone nak publish
entri. Padahal dah habis dah tulis semua. Biasalah. Gejala biasa apabila
di rumah. Ada saja perkara tak rasmi mengganggu diri. Tak ganggu sangat
pun. Kadang-kadang sengaja menginvolvekan diri dalam acara yang
mengganggu diri tu. Tak faham? Bagus. (Dah lama tak merepek)
Manusia biasa. Acapkali diuji
dengan segala macam dugaan. Dugaan yang kadangkala langsung tidak mampu
berkata apa-apa. Terasa berat ditanggung. Terasa langsung tiada jalan
keluar. Terasa seperti tidak dipeduli. Terasa luluh hati. Hiba dan
kesedihan yang terlalu menggunung tinggi.
Akhirnya kita kembali kepada
fitrah manusia. Kembali pada Yang Maha Esa. Hanya Dia yang memahami
segala isi hati. Bertepatan dengan apa yang aku sedang lakukan. Sedang
membaca buku yang memberi inspirasi pada diri. BILA ALLAH MENDUGA KITA, karya Syed Alwi Alatas. Aku taip semula satu bahagian di dalam buku ini yang dirasakan harus dikongsi. Nanti aku ulas. Bacalah di bawah dulu.
Demikianlah
kesan dari kehilangan pada jiwa seseorang, ianya akan menimbulkan rasa
kesedihan, bahkan rasa berputus-asa. Pada situasi yang lain anda
mendapati sahabat anda tertunduk lesu. "Ada apa?" Anda bertanya kepadanya. "Saya baru saja diberhentikan kerja."
Demikian jawapan sahabat anda itu. Dia baru saja mendapat satu dugaan
yang berat dan menjelaskan sesuatu bentuk kehilangan. Ya, teman anda
telah kehilangan pekerjaan dan bererti kehilangan pendapatan harian yang
selama ini dinikmatinya setiap bulan dari tempatnya berkerja.
Dugaan
boleh juga diterjemahkan sebagai satu kehilangan dan biasanya
menimbulkan rasa sedih pada diri seseorang. Kesedihan sebenarnya perkara
yang wajar dirasakan oleh seorang yang kehilangan sesuatu. Yang harus
dielakkan, sebagaimana yang diisyaratkan oleh surah al-Hadid. Kesedihan
yang berlebihan dan berpanjangan atau berterusan pada akhirnya akan
menggandakan dugaan yang menimpa kita. Surah al-Hadid ayat 23
menjelaskan bahawa Allah menetapkan segala sesuatu bagi kita antara
lainnya supaya kita tidak terlalu bersedih atas apa-apa yang hilang dari
diri kita.
Tetapi
bagaimana ini boleh terjadi? Adakah seseorang yang menyedari bahawa
segala sesuatunya sudah ditentukan oleh Allah mampu untuk memendam rasa
sedihnya? Tentu boleh! Sekiranya seseorang mengetahui apa yang
dialaminya telah ditetapkan sebelumnya oleh Allah, sekiranya dia beriman
pada Allah dan merasa reda terhadapNya, maka mengapa dia harus bersedih
atas sesuatu kehilangan. Bukankah itu memang sudah digariskan olehNya?
Bukankah itu tetap akan terjadi walaupun kita sedaya upaya cuba
menghindarinya? Jadi mengapa kita perlu hanyut dalam kesedihan?
Apakah
kesedihan kita akan menyebabkan apa yang hilang itu kembali pada kita?
Tentu tidak! Malah kesedihan itu menyebabkan diri kita semakin susah dan
tertekan. Jadi relakan saja dan katakan, "Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya."
Bukankah dengan demikian perasaan kita akan menjadi tenteram? Kita
tidak perlu menyibukkan diri dengan apa yang sudah berlalu dan kita
boleh fokuskan perhatian pada apa yang ada di hadapan kita. Life must go on.
Sudahkah
anda memahami rahsia ini? Al-Quran menyatakan bahawa Allah telah
menetapkan itu semua supaya kita tidak bersedih hati terhadap apa yang
menimpa. Semua itu sudah digariskan olehNya, tidak perlu terbawa-bawa
dalam kesedihan dan berputus asa. Sekiranya orang yang sangat kita
cintai meninggal dunia, wajar kita bersedih kemudian katakanlah, Inna lillahi wa inna ilahi raji'un,
segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya! Semua ini
berada dalam wilayah kekuasaan Allah. Apa yang sudah terjadi biarlah
terjadi dan kembalikan segala urusannya kepadaNya kerana Allah lebih
mengetahui sebab dan hikmah berbagai peristiwa di sekitar kita. Jadi
berhentilah menangis, relakan apa yang baru saja menimpa dan beramallah
untuk waktu-waktu yang ada terbentang di depan kita.
Ulasan dari aku.
Ada yang terlalu sedih apabila putus cinta. Lumrah sebagai insan manusia yang punya hati dan perasaan. Menangis semahu-mahu. Meronta, meraung malah merayu pada sang kekasih yang sudah berpaling agar kembali pada diri. Natijahnya, memakan diri. Apabila sudah tiada erti, manusia akan buat apa sahaja. Janji dapat memuaskan perasaan dan gelodak hati. Merana dan terus merana.
Kembali pada dunia nyata. Kesedihan yang berpanjangan tidak akan mampu mengubah apa-apa. Malahan diri terus terjerumus dalam lembah kemurungan. Buat apa mensia-siakan terlalu banyak perkara yang jauh lebih penting yang sedang menanti di hadapan. Kadang-kadang kita terlupa akan hakikat yang sangat menguntungkan ini. Terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu sehingga tidak mahu berusaha mencari jalan keluar.
Aku mengfokus pada kehilangan kekasih kerana rata-rata manusia terlalu bersedih hati disebabkan perkara ini. Ingatlah, inilah proses kehidupan yang kita semua harus fahami. Ianya datang untuk mencantikkan perjalanan hidup ini. Supaya kita lebih kental dan tahu selok belok dalam meneroka dunia luar lagi. Lihatlah sekeliling. Sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang sentiasa menyokong. Sekurang-kurangnya kita masih punya kawan-kawan yang tak pernah putus memberi dorongan. Dan yakinlah anda masih beruntung berbanding orang lain.
Semua orang mengharapkan kebahagiaan dalam hidup. Sekiranya masih belum ketemu bahagia itu, janganlah berputus asa. Teruskanlah berusaha dan merencanakan kehidupan. Masa silam adalah sejarah tinggalan yang seharusnya dijadikan pedoman. Gapailah peluang yang ada pada hari ini. Dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan di masa akan datang. Wallahu'alam.
Wassalam.
http://hamiasraff.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan