Selasa, 20 Ogos 2013

Haiwan paling lantang di dunia

Sepi rasa dunia ni...dah 2 minggu tak jerit2... Selalunya aku lah yang suka memekik dekat rumah.. Tapi aku bukan suki2 nak cerita pasal aku melalak kat rumah.. Nak tahu tak, binatang apa paling lantang dalam dunia... Cuba teka.. its my faforit...

Haiwan yang aku maksudkan tu adalah katak... katak ni bukan calang2 na.. Katak Coqui nama dia. macam cakoi ja bunyi. Katak Caqui (Eleutherodactylus coqui) merupakan katak yang jerit paling kuat... mungkin paling kuat di alam katak atau mungkin paling ohsem!! di hutan rimba.
 
 
 
Tak padan dengan kecik (30 - 50mm) nak jugak jerit kuat2... Sebelum ni aku penah dengar gadis2 kecik saja menjerit... tak sangka pulak katak ni pun ada ciri2 'istimewa' wanita kecil =P Katak ni menghasilkan bunyi hingga 100 desibel dalam jarak kurang 3 kaki, Secara faktanya bunyik makhluk kerdil ni mampu membangunkan kita yang sedang nyenyak tidur. Bunyinya dikatakan lebih kuat dari bunyi hentakan mesin gerudi tanah tu ... hah ?? fakta atau auta ?

Mengapa katak hingaq (bising) ni dinamakan Co-Qui? dah katak ni bunyi macam tu.. Co adalah bunyi yang dihasilkan oleh katak jantan. ia diguna untuk menarik pasangan dan untuk tanda kawasan jajahan... main jajah2 dah ni. Katak betina akan menyahut dengan panggilan Qui... sebab tu la co-qui... =P

katak ni diisytiharkan sebagai spesies perosak di Hawaii dan disenaraikan dalam 100 spesies asing penceroboh terburuk (world's 100 worst invasive alien species). Tudia la, hang kacau orang tidoq sangat.


Katak ini bukannya berasal dari Hawaii, ia telah berhijrah dari Peru. Kedatangannya menyebabkan penduduk Hawaii dah tak boleh tidur malam dengan aman dah... Sebabnya.. si katak Co-Qui ini akan melalak dengan lantang ketika musim mengawan. Dia akan berbunyi dari awal malam sampailah subuh hari.. Azab!!! memalukan keturunan katak betoi lah "Kerana Co-Qui setitik rosak katak sebelanga"

Saiz katak ini dari 15mm-80mm dan mempunyai warna berlainan mengikut tempat. Dan ini ada video bunyi katak ni kalau nak dengar. Terima kasih kepada sahabat blogger - Urut Turun Temurun.


p/s: Ni lah antara contoh bencana dari memperkenalkan haiwan eksotik ke dalam ekosistem kita *bawa masuk spesies asing ke tempat baru*

Sumber: http://www.environmentalgraffiti.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...