Rabu, 21 Ogos 2013

Nahas Bas Jatuh Gaung Dekat Genting Highlands:33Maut

Seramai 33 orang disahkan maut  dalam nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di KM3.5 dari Genting Highlands Rabu.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.

Bas yang dipercayai membawa 49 penumpang itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke pusat bandar raya.



Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.22 petang.

"Seramai 150 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas," katanya di tempat kejadian.

Dalam pada itu, aliran trafik kedua-dua arah di Jalan Genting Highlands sesak sepanjang kira-kira empat kilometer ekoran insiden itu.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan.

Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan.

"Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa," katanya.

Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan.
BombaSelangor02

BombaSelangor03

BombaSelangor04

B1

BasTerbalik07

BasTerbalik08

BasTerbalik09

BasTerbalik10

BasTerbalik11

NONE

NONE

NONE

NONE

-- BERNAMA /mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...