Ciri-ciri utama yang terdapat pada mereka adalah mata yang besar dan berhidung mancung. Mata mereka sangat mempesona seolah-olah ia mampu menyihir seseorang untuk terus menatap wajah mereka. Wanita dalam suku Pashtun sendiri mendapat kedudukan yang sangat mulia . Perempuan bagi kaum mereka, bagaikan bunga yang mesti dilindungi dan umpama harta yang paling berharga dalam keluarga.
“Mereka sangat menjunjung tinggi kedudukan wanita seolah-olah wanita itu adalah harta yang paling berharga.” Bahkan, orang Pashtun akan berasa sangat malu sekiranya anggota keluarganya terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri.
Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa wanita Pashtun yang menjejaki karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Ke-eksotikan wajah mereka menjadi salah satu daya penarik yang sangat kuat.
p/s: Ada jugak yang kata suku kaum Pashtun ni merupakan golongan kaum Aryan yang asal..http://drysheet.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan